Sentiasa jadi pemberi semangat nak kurus, gadis luah bersyukur miliki 'boyfriend' tak pandang rupa paras

Oleh: Zuzu Yasmine

Memiliki pasangan yang sentiasa menyokong dan terima segala kekurangan ini sememangnya sesuatu yang patut disyukuri. Boleh nampak keikhlasan di hati pasangan yang terima seadanya bukan ada niat yang tersembunyi.



Itulah yang dilalui oleh gadis ini apabila bertemu dengan kekasih hati yang setia bersamanya dalam apa jua keadaan.

Terima pasangan seadanya

Perkara tersebut dikongsikan menerusi akaun TikTok Iylia Maisarah yang berkongsi sedikit kisah saat dirinya miliki berat badan berlebihan hingga ke berat badan ideal.


Mesra dengan panggilan Iylia, gadis tersebut menyatakan disebalik perubahan tersebut terdapat seorang lelaki yang tidak pernah mengeluh akan bentuk fizikalnya namun, menjadi pemangkin semangat buat dirinya untuk mendapatkan berat badan idamannya.

"I love you"

Meluahkan rasa berterima kasih dan sayangnya terhadap lelaki berkenaan kerana berada di sisinya dalam apa jua keadaan dan penuhi apa yang dirinya inginkan.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan oleh warganet yang kagum melihat perubahan gadis berkenaan malah ada juga yang meminta dirinya rahsia memiliki berat badan ideal.

Bahkan, waragnet juga turut memuji akan keikhlasan teman lelaki gadis berkenaan dan mendoakan hubungan mereka berkekalan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen