DSV lega keputusan dipihaknya, Cik B akan hubungi ayah bila sudah sedia

Oleh: Zuzu Yasmine

Lega apa yang diputuskan oleh mahkamah, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Seri Vida apabila menyifatkan keputusan mahkamah bertepatan dan tidak mengganggu emosi kedua-dua anaknya itu.

Sebelum ini, bekas suami usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Mohd Amin Yasin memfailkan tuntutan hadhanah terhadap dua anaknya Edlynn Zamilleen, 16, atau lebih dikenali Cik B dan Muhammad Eric Zaquan, 14, (Kacak), di Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan.



Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman mendapat hak penjagaan terhadap kedua-dua anaknya.

Tak pernah halang anak-anak

Menurut Datuk Seri Vida, beliau merasakan masanya tidak sesuai ketika ini untuk dua anaknya bertemu Mohd Amin.

"Alhamdulillah, saya lega kes sudah diputuskan dan terpulang kepada Cik B dan Kacak untuk menghubungi ayah mereka apabila sudah bersedia.

"Ia juga atas kehendak Cik B dan Kacak sendiri. Bagaimanapun, saya tidak pernah menghalang mereka untuk berhubung kerana tidak mahu putuskan silaturahim, namun untuk mereka berjumpa secara 'in person', biarlah dulu," katanya.


Tambahnya, beliau akan akan mematuhi arahan yang membenarkan Cik B dan Kacak menghubungi bapa mereka dalam usaha menjernihkan semula hubungan.

"Apabila mereka (Cik B dan Kacak) dah sedia, bolehlah telefon. Jangan kata mereka anak derhaka pula kerana orang luar tidak tahu apa berlaku, hanya kami yang menanggungnya," ujarnya.

Keputusan itu juga diterima baik oleh Cik B menghalang mereka daripada berhubung.

"Saya akan hubungi ayah kalau dah 'ready', cuma tak tahu akan ambil masa atau tidak. Semoga Allah permudahkan," katanya.

Akan tuntut harta sepencarian

Sementara itu, Mohd Amin berkata, dia berlapang dada menerima keputusan mahkamah dan akan menunggu dua anaknya kembali ke pangkuannya.

Peniaga kedai makan itu juga memberitahu akan membuat rayuan terhadap kes itu selain berhasrat menuntut harta sepencarian dengan bekas isterinya ketika perceraian lalu.

"Selain itu saya juga akan menuntut harta dua anak yang meninggal dunia termasuk pampasan insurans mereka kerana tidak berpeluang untuk menatap wajah mereka buat kali terakhir," katanya.

Terdahulu, Mohd Amin memfailkan tuntutan hadanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) pada 3 November lalu. Dia berkahwin dengan Datuk Seri Vida pada 2000 dan bercerai pada 2008.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen