Terlalu gemuruh, pengantin secara spontan 'sahkan' diri sendiri cetus ketawa ramai

Oleh: Zuzu Yasmine

Melafaz akad bukan semudah yang disangkakan, kalau lihat dikaca televisyen semuanya dengan sekali lafaz sahaja. Namun, apabila berdepan situasi itu sendiri tentunya sangat mendebarkan dan begitu gemuruh.



Malah, ketika itu jugalah apa yang dihafal boleh terlupa hingga pelbagai aksi lucu dan spontan dilihat ketika akad.

Boleh pulak dia sambut 'sah'

Berdebar untuk melafazkan akad, seorang pengantin lelaki dilihat menjawab ‘sah’ apabila bapa pengantin perempuan selesai membacakan akad.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang juru solek yang dikenali sebagai Erin di Instagram miliknya. Menerusi rakaman tersebut, pengantin lelaki sedang bersedia untuk melafaz akad di hadapan bapa pengantin perempuan yang menjadi wali pada hari tersebut.



Mungkin terlalu gemuruh, pengantin lelaki dengan spontan telah mengakhiri akad tersebut dengan berkata ‘sah’ sebelum meminta maaf dan turut ketawa bersama hadirin yang lain.

Tak jadi nak sedih, semua terus gelak

Bukan hanya para tetamu sahaja yang terhibur dengan gelagat pengantin lelaki malah, bakal ibu mertua dan juga pengantin perempuan di atas pelamin juga turut tidak dapat berhenti ketawa.



Memahami akan rasa gemuruh pada ketika itu, rata-rata warganet terhibur akan gelagat lelaki berkenaan malah turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen