Assalammualaikum semua, kenalkan nama aku Ina. Keadaan aku sekarang ni macam dekat tengah-tengah. Aku tak tahu sama ada nak ikut keputusan mak aku, atau keputusan sendiri. Aku harap korang boleh tolong aku.
Aku dah ada kekasih. Kami berkenalan dah lama dan memang kami dah tahu sikap masing-masing. Parents aku pun memang dah kenal dia juga. Nama kekasih aku Mirul dan dia lagi tua 5 tahun dari aku.
Dekat mata aku Mirul ni memang lelaki idaman. Sikap dia, cara dia layan aku, memang perfect sangat. Dia pun hormat sangat dengan parents aku. Kira siapa je kan yang tak suka dengan Mirul tu?
Tapi cuma satu je lah. Dia tinggal sebatang kara, parents dia dah lama meninggal. Dan kaum kerabat dia pun entah ke mana. Jadi memang tak tahu background keluarga dia macam mana, dan keadaan keluarga dia.
Mirul ni pun kerja biasa-biasa. Dia staff dekat satu syarikat yang kalau aku bagitahu pun. Confirm korang tak familiar. Itulah yang aku rasa kekurangan dia dekat mata orang lain. Yang tutup semua kelebihan dan kebaikkan dia.
Aku tak tahu sejak bila mak aku rasa Mirul ni tak layak untuk aku. Padahal dulu mak aku okay dengan Mirul. Terkadang aku nampak lah yang mak aku dah anggap Mirul ni macam anak dia sendiri. Masa tu aku bahagia sangat.
Ayah aku pulak memang dia tak ada masalah. Dari dulu sampai sekarang dia okay aku dengan Mirul. Bagi ayah aku, asalkan aku bahagia dengan Mirul. Cukup lah. Tak kesah lah Mirul keadaan dia macam mana.
Memang siapa je kan yang tak bahagia kalau dekat tempat aku masa tu? Memang semua orang akan bahagia, bila parents kau terima kekasih kau dengan tangan terbuka. Rasa bahagia tu memang dekat depan mata.
Tapi aku tak tahu kenapa tiba-tiba mak aku berubah. Dia mula dingin dengan Mirul, sinis, tak nak pandang semua. Mulanya aku ingat mungkin mood mak yang tak okay. Nanti 2 atau 3 hari okay lah tu. Tapi rupanya tak. Sampai berminggu mak aku tetap masih sama.
Bila aku tanya. Barulah aku tahu yang jiran-jiran dan sedara mara kami mula cakap-cakap pasal Mirul. Yang Mirul tak sesuai dengan aku. Dan boleh buat malu keluarga kalau Mirul berkahwin dengan aku.
Sebab aku ada degree dan ada kerja yang bagus. Mirul pulak setakat SPM dan kerja biasa. Jadi memang nampak lah perbezaan dia dekat mata orang lain. Walaupun sebenarnya aku tak kesah pun dengan semua tu. Aku sayangkan dia dan aku nak bersama dengan dia.
Tapi bila lama-lama mak aku dengar macam tu. Lagi-lagi datang dari mulut keluarga terdekat, mak aku akhirnya mak aku terpengaruh. Dia mula tak suka dengan Mirul dan pandang Mirul sebelah mata. Terlebih lagi mak tahu Aiman suka dengan aku.
Lagilah mak aku memang setuju sangat sebab Aiman anak best friend dia. Bagi mak Aiman lagi sesuai untuk aku, berbanding Mirul. Mirul cuma ada motor je, Aiman pula ada kereta dan kerja yang bagus.
Orang lain pun cakap yang aku sesuai bersama dengan Aiman. Masa dia datang dekat rumah aku. Mak ajak dia makan sama and at the same time, nak aku berkenalan dengan Aiman. Aku yang memang sayang dan cintakan Mirul. Memang tak layan bila Aiman nak berbual dengan aku.
Masalahnya, aku tak tahu apa yang patut aku buat. Aku tak tahu macam mana lagi nak ubah fikiran mak aku. Aku tak tahu apa yang makcik aku cakap, sampai boleh buat mak aku berubah macam ni sekali. Aku sampai terfikir yang, mak aku dah kena brainwash.
Mana taknya. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba mak bencikan sangat Mirul tu. Aku sendiri kesian dekat Mirul sebab dia tak bersalah. Mirul dah cuba sehabis baik untuk lembutkan hati mak. Tapi tak berkesan.
Aku sampai mintak ayah pujuk mak, tapi tetap tak berjaya. Mak seorang yang keras kepala. A dia cakap, A lah yang akan dia buat. Mak bukan jenis yang mudah dipujuk.
Tapi aku tetap nak dengan Mirul, but at the same time aku pun nak mak setuju dengan hubungan kami. Aku tak nak belakangkan mak aku. Walaupun ayah aku setuju dengan hubungan kami. Tapi tetap aku nak mak bahagia dengan keputusan aku.
Tak kan aku nak ikut keputusan mak aku? Putus dengan Mirul, dan cuba bersama dengan Aiman?
Tapi sanggup ke aku buat macam tu? Boleh ke aku belajar cintakan Aiman dan move on dari Mirul? Apa yang patut aku buat?
Aku dah cuba untuk pujuk mak. Tapi cuma kecewa yang aku dapat. Aku sampai tak tahu nak buat apa dah sekarang. Aku cuma harap korang boleh bagi solution dekat aku. Apa yang patut aku buat semua. Aku dah buntu sangat.
Tinggalkan Komen