'Rider' maut terlanggar lubang, netizen minta pihak berwajib bertanggungjawab

Oleh: Zuzu Yasmine

Banyak cabaran dalam mencari rezeki sebagai seorang rider ini. Lebih-lebih lagi perkerjaan ini seperti mempertaruhkan nyawa sendiri di jalan raya.

Baru-baru ini, seorang penghantar makanan meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya melanggar lopak di bahu jalan sebelum terjatuh dalam kemalangan di Jalan PJU 7/2, di Mutiara Damansara berhampiran The Curve hari ini.



Menerusi video yang tular di laman Twitter, dimuat naik oleh David gilmour mangsa terlihat terbaring di tepi jalan sementara menunggu bantuan sampai.



Menurut David, kejadian kemalangan di kawasan tersebut telah berlaku berulang kali, namun kali ini lebih parah apabila telah meragut nyawa rider tersebut.



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 1.15 tengah hari ketika mangsa sedang dalam perjalanan menghantar makanan.

"Mangsa berusia 31 tahun berasal dari Kampung Cempaka terlanggar lubang di bahu jalan sebelum hilang kawalan dan terbabas di lorong kiri jalan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecedaraan parah," katanya.

Perkongsian tersebut telah mencetuskan kebimbangan warganet yang rata-rata mereka juga merupakan penunggang motosikal di kawasan tersebut malah ada juga meminta pihak berwajib untuk mengambil tindakan segera agar tidak lebih ramai menjadi mangsa.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen