Impian pasangan suami isteri selepas mendirikan rumah tangga tentunya ingin memiliki cahaya mata sendiri. Mana tidaknya, cahaya mata ini adalah penyeri serta kekuatan dalam rumah tangga.
Ada yang memilih untuk merancangan sebelum diberikan rezeki ini, namun ada juga yang memilih untuk berserah kepadaNya akan perkara itu.
Suami teruja bakal jadi ayah
Baru-baru ini, sebuah pasangan suami isteri muda mendapat perhatian warganet apabila bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.
Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi akuan TikTok seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Aisyah. Wanita berkenaan dikatakan merakam reaksi teruja suaminya yang bakal bergelar seorang ayah pada usia yang muda.
Difahamkan, Aisyah baru sahaja melakukan imbasan ultrasound malah suaminya itu terlihat sangat bahagia apabila mengucup beberapa kali foto imbasan anak dalam kandungan itu.
Nampak lebih sayangkan anak
Terlihat begitu menyayangi anak tersebut, wanita berkenaan lantas menyakat dan pura-pura merajuk. Tidak disangka, suaminya terus tersenyum dan memeluk dirinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut teruja akan melihat pasangan tersebut hingga melahirkan rasa cemburu pada diri mereka.
Malah, ada juga yang mengucapkan tahniah dan tumpang gembira akan berita tersebut.
Tinggalkan Komen