Banjir di beberapa kawasan boleh dikatakan agak teruk untuk permulaan tahun baru ini. Lebih menyedihkan lagi apabila satu tragedi yang menimpa sebuah keluarga kecil 2 hari lalu apabila kereta yang dinaiki hanyut dibawa banjir deras.
Menurut laporan, ketika kejadian suami isteri tersebut dikatakan sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah majlis perkahwinan sebelum mengharungi banjir di Batu 18 Jalan Kluang-Kahang telah mengakibatkan seorang lelaki maut.
Suami maut bersama banjir
Md Rajihan Junaidi,28 ditemui lemas petang semalam selepas dihanyutkan bersama arus deras tidak jauh dari tempat keretanya dijumpai.
Difahamkan, allahyarham sempat memecahkan cermin kereta bagi menyelamatkan isterinya sebelum dia dan kereta hanyut terjunam ke dalam parit dan dibawa arus.
Menangis sambil usap perut
Menerusi laporan Berita Utama TV3, ketika proses pengecaman mayat, suasana pilu menyelubungi apabila isteri mangsa, Khairunnisa Ibrahim, 25 menangis sambil mengusap perutnya yang hamil 6 bulan.
Dia yang tidak dapat mengawal sedih dipapah oleh ahli keluarga terdekat ketika berjalan telah menyentuh hati warganet.
Jasad suaminya telah pun selamat dikebumikan semalam di Kampung Parit Nipah darat, Parit Raja.
Turut sebak melihat rakaman tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan salam takziah buat keluarga mangsa dan berharap supaya isteri allahyarham berlapang dada terima dugaan ini.
Tinggalkan Komen