Pandu sendiri melawat kawasan banjir, Agong hulur bantuan mangsa yang terjejas

Oleh: Zuzu Yasmine

Banjir tahun ini antara yang paling teruk melanda negeri Pahang. Bukan sahaja laluan utama terputus, malah air menaik dengan mendadak sememangnya sangat membimbangkan penduduk setempat.


Berikutan itu, ribuan penduduk yang terjejas telah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat namun semua harta benda seperti kenderaan dan barangan di dalam rumah tidak mampu diselamatkan.



Baginda pandu sendiri

Bersimpati akan nasib yang menimpa rakyatnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenaan mencemar duli memandu sendiri kenderaan ke kawasan banjir melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang dinaiki air.


Perkara tersebut telah dikongsikan oleh sendiri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi Instagram baginda pagi tadi.

Menerusi perkongsian tersebut, baginda juga turut diiringi oleh Tengku Panglima Muda Pahang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah menuju ke Maran dan diikuti beberapa kawasan lagi yang dilanda banjir bagi menghulurkan bantuan.



Hulur bantuan mereka terkandas

Melihat Instagram Istana Negara, juga berkongsi beberapa foto KDYMM Agong ketika menuju ke tempat penempatan sementara mangsa banjir di Maran untuk melihat keadaan mangsa banjir di sana.

Dikesempatan itu juga, baginda juga turut menghulurkan sumbangan kepada pemandu-pemandu kenderaan berat yang terkandas disebabkan air banjir di Plaza Tol Karak.



Sebelum ini, hujan lebat dibeberapa negeri telah menyebabkan banjir besar berlaku malah turut mengorbankan beberapa nyawa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen