Berlari kejar bas dalam hujan, rupanya lelaki ini tertinggal lepas singgah R&R

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkara yang paling tidak diingini terjadi apabila menaiki bas menuju ke sebuah destinasi. Namun, kadang nasib tak menyebelahi apabila tertinggal bas berikutan pemandu tidak perasan atau sebaliknya.


Lebih runsing lagi apabila tertinggal di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang sememangnya jauh lagi perjalanan terpaksa di hadapi.

Kejar bas dalam hujan

Tapi itulah yang terjadi pada seorang pemuda yang dikatakan tertinggal bas ketika di Simpang Pulai.

Rakaman video tersebut telah dimuat naik menerusi akaun Twitter Intan Syazwani yang terlihat seorang lelaki berlari di tengah hujan mengejar bas.


Menurut Intan, lelaki yang hanya memakai kurta itu terlihat seperti mengejar sesuatu di R&R Simpang Pulai sambil cuba menghubungi seseorang.



Minta ayah tumpangkan


Bersimpati akan keadaan itu, Intan meminta bapanya untuk menumpangkan lelaki berkenaan.

Apabila ditanya, rupanya lelaki tersebut tertinggal bas ketika dalam perjalanan pulang ke kampung dari Jitra ke Seremban.





Mujur ada gadis ini dan bapanya yang sudi hulurkan bantuan kepada lelaki berkenaan yang akhirnya selamat menaiki bas semula.



Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata memuji dua beranak ini, malah ada juga diantara mereka yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen