Kalau sebelum ini peminat-peminat pasangan ini berteka teki bila pelakon Intan Ladyana, 38 dan kekasih hati Harris Alif, 22, akan mendirikan rumah tangga, nampaknya perkara tersebut bukan lagi rahsia.
Sejak semalam, pasangan ini telah melakukan posting yang sama di Instagram masing-masing berkenaan sidang media yang bakal dilakukan menerusi saluran YouTube Harris jam 2.00 petang sebentar tadi.
Bakal berkahwin
Seperti yang dijangkakan, Intan dan Harris dikatakan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan memilih tarikh 6 Februari 2021 sebagai tarikh bersejarah mereka.
Tajaan jutaan ringgit
Bukan itu sahaja, perkahwinan mereka juga akan ditaja oleh jenama barang kemas terkemuka The House Of Ceres Jewels yang hampir mencecah RM13.5 juta. Turut mendapat tajaan adalah busana semasa pernikahan, resepsi dan majis bertandang oleh beberapa designer terkenal.
Persiapan hampir siap
Sedang menghitung detik bahagia, Harris dan Intan juga menyatakan bahawa persiapan mereka telah siap hampir 90 peratus.
Untuk makluman, Harris telah merisik Intan pada Julai 2020 lalu.
Terdahulu, pasangan ini terlihat kerap memuat naik gambar bersama di media sosial sebelum berkongsi kisah cinta mereka kepada umum.
Tinggalkan Komen