Bertepuk sebelah tangan

Salam kepada semua pembaca. Nama aku A. Seronoknya bila kita jatuh cinta dan cinta kita tu berbalas. Semua orang nak benda tu terjadi tapi tak semua bernasib baik. Kadang kita jatuh cinta dengan seseorang yang bukan ditakdirkan untuk kita. Jadi ni adalah perkongsian aku tentang perasaan cinta aku yang tak berbalas. Cinta bertepuk sebelah tangan. 

 

Pertemuan pertama aku dan Dina ketika aku singgah beli roti dekat cafe kegemaran aku. Masa ni aku tak tahu yang Dina ni sebenarnya pekerja separuh masa saja dekat kafe tu. Aku bukanlah manusia yang mudah jatuh cinta dan aku pun tak adalah jatuh cinta pandang pertama dengan Dina. Kami kerap bertemu bila Dina jadi staff baru dekat office aku. Aku terkejut juga bila nampak dia tapi aku tak  bagitahu officemate aku pasal dia cuma masa tu Dina dengan aku lebih banyak berbual mungkin sebab selalu nampak muka aku dekat kafe tempat dia bekerja. Entah kenapa jauh di sudut hati, aku dapat rasakan perasaan yang berbeza bila dengan Dina.  

 

Kalau diukur dari rupa paras aku boleh katakan Dina ni seorang biasa-biasa saja tapi dia ada senyuman yang manis dan aku ialah manusia yang selalu menunggu senyuman manis dia tu. Nampak sangat aku ni angau. Kadang, aku saja ajak officemate aku dan Dina makan sekali supaya tak adalah nampak sangat yang aku ni suka dekat Dina walaupun mungkin orang kata agak obvious bila aku selalu belikan Dina breakfast. Aku selalu cakap yang aku dapat beli satu percuma satu tak pun, kalau aku beli nasi lemak aku kata yang makcik jual nasi lemak tu bagi lebih. 

 

Salah satu yang buat aku tertarik dengan Dina ni, dia tak pernah kedekut dengan sesiapa. Dia selalu dahulukan orang lain dan tak pernah mengeluh. Bila aku dah rapat dengan Dina, aku ada juga tanya dia kenapa kerja dekat kafe tu sedangkan dia boleh dapat kerja yang macam sekarang dan dia jawab yang sebenarnya dia dah lama cari kerja yang sesuai dengan bidang dia tapi tak ada rezeki lagi. So, untuk menampung hidup di kota dia pun kerja lah dekat kafe tu dan bila dia dah dapat kerja dekat office aku pun, dia masih lagi kerja dekat situ. Bila aku tanya kenapa, dia akan jawab,

 

‘Sayang nak tinggalkan kafe tu. Lagi pun, bolehlah saya tambah duit poket sikit.’

 

Disebabkan sikap dia yang selalu berusaha ni lah yang buatkan aku jadi makin jatuh cinta dengan dia. Aku ingatkan dia duduk jauh daripada aku rupanya kami hanya tinggal dalam satu kawasan yang sama cuma beza blok. Aku jadi semakin yakin yang dia tu sebenarnya jodoh aku dan sejak aku tahu rumah kami dekat, aku pun tawarkan diri untuk dia tumpang kereta aku pergi dan balik kerj serta kalau Dina kerja shif malam dekat kafe tu aku akan ambil dia. Masa hari lahir dia, aku belikan dia bunga ros yang dia suka. Aku tahu pun lepas bos aku suruh aku pergi beli bunga untuk majlis makan malam syarikat dan masa tu aku dengar perbualan dia dengan pekerja dekat situ.

 

Setelah 6 bulan aku kenal Dina, aku pun ambil keputusan untuk luahkan perasaan aku. Aku takut juga kalau aku kena reject tapi tak apalah sekurang-kurangnya aku dah cuba. Hujung minggu tu, aku pun ajaklah Dina keluar pergi satu tempat. Tak adalah tempat mahal pun tapi ada-ada lah juga. Orang nak confess kan? Bila dah sampai tu, kami pun orderlah makanan dan berbual macam biasa. Dina ni orangnya kelakar, so memang aku rasa selesa sangat dengan dia tapi aku tak tahulah hari tu aku rasa macam gemuruh lain macam. Lepas kami habis makan semua tiba-tiba Dina tanya,

'' Eh, awak nak cakap ya?''

 

Aku senyum dan diam sekejap. Masa tu aku rasa macam tangan aku sejuk sangat tapi aku tetap teruskan niat aku. 

 

'' Dina, sebenarnya saya suka awak,''  kata aku dengan tangan yang masih gementar nasib baik dia tak nampak.

 

Dina senyum dan tarik nafas panjang. Aku bersedia dengan segala jawapan dia.

 

'' Awak, saya minta maaf. Saya sebenarnya dah bertunang dan insya Allah dalam 2 bulan lagi kami akan berkahwin. Saya pun sebenarnya nak bagi awak ni,'' Dina hulurkan sekeping kad berwarna hijau tua dan dekat kad tu tertulis nama Dina dan pasangannya. Aku hanya tersenyum kelat dan mengucapkan tahniah kepada Dina. 

 

Sejak tu aku dan Dina dah semakin renggang. Aku menghormati Dina sebagai tunang orang dan aku tengah berusaha untuk move on. So, tu lah kisah cinta bertepuk sebelah tangan aku. Kadang yang datang tu bukan cinta tapi cuma pengajaran untuk kita. Sekian.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen