Kahwin Muda

Assalamualaikum, aku perkenalkan diri sebagai Hanis. Lately ni aku tengok ramai yang dah kahwin dan aku ucapkan tahniah kepada kalian. Semoga hubungan korang kekal hingga ke jannah. So, apa yang aku nak cerita ni sebenarnya adalah berkaitan berkahwin muda.

Aku kahwin ketika berusia 18 tahun dan ketika tu keluarga aku terkejut juga dengan keputusan aku tapi aku memang dah nekad masa tu. Pada 3 bulan pertama, aku rasa indah sangat dan rasa macam dunia ni kami punya. Rasanya macam budak muda yang baru nak mula bercinta.

Lepas 3 bulan, aku dan suami adalah masalah kewangan. Aku panik juga sebab ye lah muda lagi kan simpanan kami tak adalah banyak mana. Aku nak minta tolong family aku tapi suami aku tak bagi sebab katanya, inilah masanya kami kena berusaha sendiri untuk bangunkan keluarga kami.  Aku pula ketika tu dah pregnant.

 

Suami aku usahakan juga macam mana kami nak keluar daripada masalah kewangan ni tanpa minta bantuan keluarga kami.Suami aku kerja kilang je, jadi memang agak perit juga nak hidup dengan gaji kecil. Aku dan suami usahakan buka kedai burger. Untunglah kawan-kawan suami aku sudi bantu kami untuk bagi modal berniaga dan bagi kami guna gerai burger diorang. Biasalah bila berniaga ni, ada masa kita untung ada masa kita rugi. 

 

Sejujurnya, emosi aku terganggu sangat masa ni. Beberapa kali juga aku dan suami bergaduh sampai hampir bercerai tapi suami aku sabar je dan dia selalu minta maaf sebab dia tak dapat jadi suami yang baik untuk aku. Banyak kali aku rasa macam nak lari daripada semua yang kami hadap ketika tu. Rasa macam dah tak sanggup nak tempuhi semuanya. Aku ada salahkan diri aku juga sebab ambil keputusan ni dan aku rasa ni adalah keputusan yang salah dalam hidup aku.

Aku ada terfikir untuk balik ke rumah keluarga aku tapi dalam masa yang sama aku tak sanggup nak tinggalkan suami aku. Dia sanggup kerja lebih masa dan sanggup bersengkak mata demi mencari rezeki untuk teruskan kehidupan kami. Bila dah kahwin ni, kau dengan pasangan kena ada kepercayaan antara satu sama lain. Bukan sekadar kepercayaan dari segi curang atau tak tapi dari segi kekuatan untuk kalian lalui semua ujian tu. 

 

Lepas anak sulung kami lahir kehidupan kami sedikit sebanyak berubah. Perniagaan burger suami aku semakin laris, gaji suami aku naik, dan abang suami aku bagi kereta lama dia dekat suami aku. Kereta tu lah yang kami guna untuk hantar anak kami pergi klinik buat check up. Kalau tak naik motor je tu pun kalau motor tu okay. Kalau buat hal, memang kena naik bas lah. Tunggu bas je dah berapa jam dengan panas lagi. Memang teruji sangat hidup sebagai ibu bapa muda. 

 

Aku bukan nak back up sesiapa dalam entry ni tapi aku nak nak kongsikan pengalaman aku sendiri. Kahwin muda ni sebenarnya banyak juga kebaikannya. Tak salah pun kalau nak kahwin muda sebab aku sendiri pun berkahwin pada usia muda. Pada pandangan aku secara peribadi, kalau kau dah bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri tak ada masalah untuk kau teruskan. Ye lah, lebih baik keluar berdua dalam hubungan yang halal berbanding keluar berdua tanpa ikatan. Tapi, kenalah ingat yang kau berkahwin bukan semata-mata ikut nafsu atau kau kahwin sebab kau tengok kawan, jiran dan sepupu sepapat kau kahwin pada usia yang sama. 

 

Kahwin ni bukan bahan mainan atau perkara yang kau boleh buat main. Selain daripada kau fikir perasaan cinta dan kasih kau terhadap pasangan kau, kau kena fikir juga nak bagi anak orang makan apa? Bila dah kahwin nanti kau mampu tak nak cari duit untuk bagi anak bini kau hidup?

 

Tu untuk lelaki. Kalau perempuan, kau sanggup terima baik buruk dia? Boleh tak kau kawal emosi kau? Suasana kahwin ni, tak sama dengan suasana kau bercinta.  Ya, rezeki tu ditangan Allah dan aku tak nafikan berkahwin ni boleh tambah rezeki sebab aku pun laluinya tapi bila dah kahwin ni kau kena bersedia fizikal dan mental. Kalau fizikal je yang sihat tapi mental kau lemah, kau kena fikir balik kenapa kau nak kahwin. 

 

Aku rasa tu je lah perkongsian aku. Tu sikit je yang aku kongsikan sebab yang lain tu biarlah aku simpan buat kenangan. Kalau ada yang nak kahwin muda tu, fikirlah semasak-masaknya. Jangan buat keputusan terburu. Kau kena yakin dan bila kau dah buat keputusan tu, kau kena tahu yang kau tak akan menyesal dengan keputusan kau. Kuatkan fizikal dan mental, banyakkan ambil tahu tentang kekeluargaan. 

 

Sekian. 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen