Pilih busana nikah serba hitam, pengantin ini tarik perhatian ramai

Oleh: Zuzu Yasmine

Warna putih selalunya akan menjadi pilihan buat pasangan yang bakal bernikah. Mana tidaknya, warna putih ini melambangkan kesucian sama macam kisah cinta yang suci.



Namun, kini pelbagai warna lain telah menjadi pilihan bakal pengantin malah ada yang terlihat lebih unik apabila memilih baju berwarna hitam pada hari bersejarah mereka itu.



Anggun dengan baju serba hitam


Seperti pasangan pengantin ini yang tular di aplikasi TikTok apabila kelihatan anggun dan menawan bila mengenakan busana serba hitam ketika majlis pernikahan mereka.



Tampil sangat berbeza apabila Noor Amirah dan juga pasangan Haziq Harun terlihat sangat elegan apabila mengenakan baju tradisional Melayu berwarna hitam itu ketika majlis akad nikah mereka pada 31 Disember lalu di Serendah Selangor.



Video tersebut telah mendapat tumpuan apabila adik pengantin lelaki meluahkan rasa sebak apabila abang kesayangannya kini telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati selepas berkawan rapat selama 6 tahun.



Nak pakai color hitam juga!

Busana pasangan pengantin tersebut telah mendapat perhatian warganet yang memuji keberanian mereka memilih warna gelap pada hari bahagia. Malah, ada juga yang menyatakan hasrat untuk memilih warna yang sama apabila tiba giliran mereka pula.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen