Dakwa buang sampah tapi 'saka', keluarga wanita harap netizen berhenti sebar berita palsu

Oleh: Zuzu Yasmine

Tular sejak semalam sebuah rakaman video di media sosial mengenai seorang individu yang bertindak membuang sampah ke dalam sungai.



Video berdurasi 20 saat itu telah merlihatkan seorang wanita telah membuang sampah ke dalam sungai dengan menjenguk ke luar tingkap kereta tersebut.


Rasa kecewa dengan perbuatan itu

Perbuatan tersebut telah mengudang kemarahan warganet kerana merasakan tindakan itu tidak seharusnya berlaku selepas banjir melanda beberapa kawasan di negara ini.

Menerusi Harian Metro, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut meluahkan rasa kecewa terhadap sikap seorang wanita yang membuang sampah ke dalam sungai di Kelantan malah berharap pelaku memohon maaf dan insaf.

"Pelaku seharusnya insaf dan diharap dapat memohon maaf atas sikap buruk yang ditunjukkan itu.

"Terima kasih kepada yang membuat rakaman," katanya.

Bukan sampah tapi ‘saka’

Sementara itu, akaun Facebook Kelantan Daily telah memuat naik satu paparan skrin yang menolak dakwaan wanita berkenaan membuang sampah sesuka hati.

Menurut kenyataan tersebut, keluarga wanita berkenaan membuat permohonan maaf dengan tindakan yang dilakukan itu malah turut menyatakan bahawa mereka baru sahaja pulang dari mendapatkan rawatan perubatan tradisional.



Jelasnya, perawat tradisional meminta mereka untuk membuang ‘saka’ tersebut ke dalam sungai yang mengalir malah, pihaknya juga berharap warganet berhenti memaki dan menyebarkan berita palsu keran bimbang beri kesan kepada ‘pesakit’.

“Tolong hentikan menyebar dan memaki hamun keluarga. Daripada viral kes ini menyebabkan pesakit itu menangis dan kemurungan,” katanya.

“Saka dulu dalam botol, sekarang dalam plastik.”

Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet yang rata-rata kurang mempercayai penjelasan tersebut malah meninggalkan pelbagai reaksi yang menunjukkan tidak berpuas hati.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen