Pakai contact lens kerana bekas kekasih, gadis tanggung sakit radang mata sendirian

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata bila dah sayang tu, memang sanggup lakukan apa sahaja demi yang tersayang. Apa yang dimahukan tentu sahaja akan dituruti kehendaknya.



Namun begitu, tidak semua kemahuan dirinya perlu dituruti hingga akhirnya diri sendiri yang merana seorang diri.

Mata merah sebab pakai lens

Itulah yang terjadi pada gadis ini apabila terpaksa menanggung sakit gara-gara mengikut kata kekasih hati untuk kelihatan cantik.

Menerusi video di aplikasi TikTok, Nurjuliana menunjukkan matanya mengalami radang yang agak teruk berikutan bekas teman lelakinya itu gemar melihat dia memakai kanta lekap sewaktu ‘dating’ bersama.




Kekasih tak sayang kalau solek

Menurut Juliana, dia juga mengakui bahawa bekas kekasihnya itu hanya akan menyukai dan menyayangi dirinya sekiranya dia mengenakan solekan pada wajah.

“Baru aku sedar yang kau tak ikhlas pun sayang aku. Bila aku mekap, aku cantik baru nampak kesungguhan kau sayang aku,” luahnya.

Tanggung sakit seorang diri

Lebih mengecewakan lagi, dia terpaksa menanggung kesakitan itu seorang diri malah ketika itulah dia menyedari bahawa tidak semua orang akan berada di sisi saat susah dan senang bersama.

Bersimpati akan nasib gadis tersebut, rata-rata warganet meninggalkan kata kata semangat dan turut mendoakan agar Juliana cepat sembuh.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen