Pengantin terpaksa ambil gambar dalam banjir, tak sangka hasilnya secantik ini

Oleh: Zuzu Yasmine

Gambar perkahwinan sememangnya kenangan yang bakal disimpan hingga ke hari tua. Tentunya bakal pengantin sanggup bayar mahal untuk gambar kenangan ini.

Namun, kadang kala cuaca seperti hujan menjadi penghalang untuk menghasilkan gambar yang cantik dan juga berkualiti.



Walau bagaimanapun, bukan seperti pasangan pengantin ini yang bertuah mampu memiliki gambar yang cantik walaupun ketika waktu hujan dan banjir.

Rumah pengantin dah banjir

Menerusi Instagram mhdhilmann yang merupakan photographer pasangan pengantin tersebut, menyatakan bahawa ketika itu rumah pengantin telah dinaiki air banjir.

Katanya untuk ke rumah pengantin juga memerlukan sampan untuk melalui kawasan tersebut.



Bagaimanapun, kesempatan tersebut diambil olehnya untuk menghasilkan gambar yang cantik secara tidak langsung mengabdikan momen ketika itu.


Part sampan tu cantik

Ketika ditemubual menerusi radio Era, Hilman menyatakan bahawa photographer dia sudah tidak kisah akan hujan dan juga banjir pada ketika itu, paling penting buatnya adalah gambar yang lama.



Tambahnya, menjadi seorang photographer ini perlu berani dan mementingkan momen pada ketika itu.

Selain menggunakan payung dan juga daun pisang, sampan juga digunakan sebagai penyeri foto tersebut.




Unik melihat gambar kahwin tersebut, rata-rata warganet meninggalkan komen positif malah ada juga mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen