Bertemu jodoh secara 'online', ibu bapa pilih Dot Com sebagai nama anak

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara ibu bapanya bertemu jodoh media sosial, kesemua anak-anaknya memiliki nama unik ‘Dot Com’ pada akhiran nama mereka.



Perkara tersebut tular di negara jiran Indonesia apabila ada yang tidak mempercayai bahawa tiga beradik itu berakhir dengan Dot Com.

Bertemu jodoh di atas talian

Menurut laporan Tribun News, nama tersebut bukan diberi secara sebarangan, tetapi mempunyai lambang kenangan kepada ibu bapanya yang berkenalan secara atas talian, seperti yang diceritakan oleh Ramadhan.

“Ibu bapa saya sendiri yang cerita, pertemuan mereka bermula dari media sosial menggunakan chatting di Alamak.com pada tahun 1999,” katanya.

Mula-mula malu

Kata Ramadhan, dia dan adik beradik awalnya merasa malu menggunakan nama tersebut kerana sering menjadi bahan ejekan rakan-rakan.

“Awalnya dulu ketika masih kecil saya, merasa malu mempunyai nama tersebut tetapi ketika menginjak dewasa nama itu menjadi sebuah kebanggaan tersendiri,” katanya.

Ketiga-tiga mereka itu dikenali dengan nama Salsabila Shofwah Alamak Dot Com, Mustaghfirin Nazhmi Ramadhan Dot Com dan Daffa Fawwaz Robbani Dot Com.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak menyangka bahawa ada yang memberi nama anak mereka Dot Com, malah ada juga yang berselorh dengan nama mereka.

Sehingga hari ini, video berkenaan mendapat hampir 400 ribu tontonan netizen yang rata-rata masih tidak percaya akan nama sebenar tiga beradik itu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen