Dihina fizikal ketika sedang 'live', wanita maafkan warganet berhati 'toxic'

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan mudah nak bina keyakinan diri, lebih-lebih lagi nak berdepan dengan orang di media sosial yang langsung tidak saling kenal mengenali.



Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi wanita ini apabila dirinya menjadi mangsa buli dan hinaan dengan netizen yang tidak tahu jaga adab dan bahasa.

Budaya cyber bully makin kronik

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Hadyna, telah memuat naik beberapa tangkapan skrin akan seorang wanita yang mendapat pelbagai kecaman ketika dirinya membuat ‘Live’ solekan di akaun TikTok.



Pada awalnya, wanita berkenaan cuba menerima dan bersabar dengan segala kecaman yang ditujukan kepadanya.



Namun, apabila kata-kata semakin kejam wanita berkenaan mula memadam makeup satu persatu dan mengalirkan air mata.



Baiknya hati dia

Meskipun begitu, wanita berkenaan dikatakan sudah memaafkan orang-orang yang melontarkan komen negatif kepada dirinya, malah dia juga tidak menyimapn perkara tersebut di dalam hati walaupun sedikit terasa dan sakit hati.



Kata-kata semangat

Bersimpati akan nasib wanita berkenaan, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat dan memuji wanita tersebut yang dikatakan memiliki keyakinan diri dan juga kecantikan tersendiri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen