Gara-gara tersasul nama isteri jadi 'Muhammad', pengantin lelaki terpaksa sebut akad sampai 4 kali

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan mudah nak nak melafazkan akad seperti dalam televisyen tu, dengan sekali lafaz kekasih hati dah menjadi pasangan hidup. Secara realitinya, pengantin lelaki tentunya sangat berdebar apabila tiba waktu ini.

Ada yang tiba-tiba lupa nama pasangan, malah ada juga yang tak mampu nak berkata apa-apa sebab terlalu gemuruh.



Itulah yang terjadi pada pengantin lelaki ini apabila dirinya tersasul ketika akad hingga terpaksa mengulangi semula.

Dari tegang jadi lucu

Menerusi perkongsian di Instagram iqbal_ali7 yang memperlihatkan suasana agak serius ketika sedang menjalani pernikahan.

Bagaimanapun, suasana menjadi semakin mendebarkan apabila pengantin lelaki melakukan sedikit kesalahan ketika sedang melafazkan akad yang pertama.

Tiba-tiba isteri jadi lelaki

Namun suasana tiba-tiba penuh dengan gelak ketawa apabila seorang pengantin lelaki tersasul menyebut nama bakal isterinya sebagai ‘Muhammad’ ketika sedang melafazkan akad nikah.


Pengantin lelaki juga terlihat tersasul beberapa kali hingga terpaksa mengulang sebutan akad nikah sebanyak 4 kali.



Meskipun terhibur dengan debaran penuh di dada, pengantin lelaki akhirnya berjaya menyempurnakan akad pernikahan tersebut dengan baik sebelum disudahi dengan selawat.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat pengantin lelaki tersebut, malah ada juga menyatakan bahawa perkara itu satu kebiasaan yang dihadapi oleh pengantin lelaki.

Malah, video tersebut juga dibanjiri dengan ucapan tahniah dari pengikutnya.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen