Bercinta 7 tahun tapi kekasih bertunang dengan orang lain, pemuda kecewa ditipu

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila sudah bercinta bertahun-tahun, tentunya ingin mengakhiri hubungan tersebut ke jinjang pelamin. Namun, hubungan cinta sahaja tidak cukup menjanjikan bahawa dirinya setia dan berakhir dengan kebahagiaan.

Boleh jadi, kekasih hati berlaku curang dalam diam hingga dengan sengaja ingin melukakan hati orang lain.



Itulah yang terjadi pada pemuda ini apabila cintanya dikhianati dengan kekasih hati selepas kantoi bertunang dengan lelaki lain.

7 tahun bercinta sia-sia

Menerusi perkongsian Angah Jea di Facebook miliknya, dia meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila percintaannya selama 7 tahun rupa-rupanya satu kepuraan selepas kekasih hati memilih untuk bertunang dengan lelaki lain.

Menurut Angah, sepanjang perkenalan dengan wanita berkenaan dirinya telah beberapa kali mengajak untuk berkahwin namun pelbagai alasan yang diberikan kepadanya.


Rupanya balik kampung nak betunang

Malah, segala persoalan itu terjawab apabila dia menerima beberapa keping gambar kekasih hatinya bersama lelaki lain dan lebih sedih lagi apabila terdapat foto bersama tunangnya.

Angah juga menyatakan bahawa wanita berkenaan berkenalan dengan lelaki itu pada 2019, malah menganggap bahawa mereka berdua hanya sekadar kawan namun tidak sangka pula akan berakhir seperti ini.



Dia juga merasa tertipu apabila kekasihnya itu menyatakan hasrat untuk pulang ke kampung melawat ibunya, tidak sangka pada ketika itulah majlis pertunangan antara mereka diadakan.

Nak move on cepat

Tambahnya dia juga telah mendapat penjelasan dari wanita berkenaan malah wanita tersebut juga sudah mengaku dan meminta maaf. Dia juga tidak mahu menjadi orang ketiga memilih untuk mengundur diri dan tidak mahu mengganggu hubungan mereka.



Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet yang turut bersimpati akan nasib pemuda itu, malah rata-rata mereka mendoakan agar dia bertemu dengan seseorang yang lebih baik.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen