Terkejut ayah depan mata, anak beri pelukan erat timbul sebak ramai

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan wabak penularan Covid-19 semakin mengganas ni, tentunya ramai mula kembali berwaspada dan sentiasa menjaga kebersihan diri.

Seperti yang diketahui, ketika wabak ini banyak keluarga yang terpisah berikutan berkerja jauh dari keluarga dan tidak dapat pulang melihat anak-anak.



Sama juga seperti keluarga kecil ini apabila terpaksa berjauhan dengan bapanya sementara waktu.

Terkejut nampak ayah

Kisah menyentuh perasaan itu dikongsikan oleh cikkyaya di aplikasi TikTok dimana suaminya membuat kejutan pulang ke rumah tanpa disangka-sangka.

Menerusi rakaman yang dimuat naik, anak lelakinya sedar dari tidur lalu terkedu melihat ayah muncul depan mata. Bagaikan mimpi, si anak terus bangun dan memberikan pelukan yang erat kepada bapanya.



Gelang warna pink?

Walau bagaimanapun, menjadi tanda tanya buat warganet apabila melihat gelang berwarna yang dipakai lelaki berkenaan pada tangannya.



Bagi menjernihkan keadaan, Yaya menyatakan bahawa gelang tersebut dikhaskan buat mereka yang perlu menjalani kuarantin bukannya mereka yang disahkan positif wabak tersebut.



Malah gelang tersebut juga telah dipotong bagi menyatakan bahawa suaminya sudah bebas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat pelukan antara anak dan juga ayah malah ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama dengan keluarga ini.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen