Tak batal janji khusyuk, Eyra Hazali kongsi solat sambil dukung anak

Oleh: Zuzu Yasmine

Memiliki anak kecil tentunya menyukarkan sedikit pergerakkan ibu-ibu dalam melakukan rutin harian. Mana tidaknya, anak yang masih kecil inginkan sepenuhnya perhatian dan kasih sayang si ibu.

Perkara ini juga akan menyukarkan ibu-ibu untuk menunaikan solat, bimbang dan tidak fokus apabila mendengar tangisan anak tentunya solat akan jadi tidak khusyuk dan terburu-buru.



Namun begitu, Islam ini mudah pastinya ada cara yang memudahkan ibu-ibu solat dengan khusyuk berserta anak yang diyakini selamat di sisi.

Solat sambil dukung anak

Baru-baru ini, pelakon Eyra Hazali telah mencuri tumpun warganet apabila memuat naik rakaman video menunaikan solat sambil mendukung anaknya, Muhammad Hayder Qhalish yang berusia lima bulan.



Menurut pelakon berusia 22 tahun itu, tindakannya mendukung anak ketika solat kerana Hayder hanya akan berhenti menangis sekiranya didukung.

“Sebelum ini memang tak tahu caranya sebab apabila Hayder meragam dia akan menangis teruk dan saya biarkan saja sampaikan terfikir tidak ada cara lain untuk mendiamkannnya?

“Alhamdulillah, saya jumpa cara yang sangat mudah. Dukung, tetapi jika dia masih menangis, tenangkan saja sebab tak batal pun janji khusyuk dan aurat terjaga,” katanya.

Islam itu mudah

Pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu juga menyatakan bahawa solat wajib ditunaikan namun semuanya boleh disesuaikan mengikut keadaan.

“Solat itu wajib, tidak kira dalam apa keadaan sekalipun dan pasti ada cara yang menyenangkan kerana Islam agama yang mudah.

“Susah juga macam ini sebab akan susah hati apabila dia menangis kuat tambahan pula dia memang manja sangat sampaikan hendak dukung saja.

“Tengoklah Hayder, waktu didukung elok saja tetapi bila letak saja, mengada-ngada nak guling juga. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua,” kongsinya.

Eyra mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim(JDT) pada 1 November 2019 dan menimang cahayamata pertama pada 14 Ogos tahun lalu.

Panduan solat dukung anak

Untuk makluman, menurut panduan bersolat sambil mendukung bayi yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Islam membenarkan solat sambil mendukung bayi sama ada untuk solat fardhu atau sunat tetapi dengan syarat-syarat tertentu.

Sekiranya ingin menunaikan solat dengan cara tersebut, lampin bayi perlu dipastikan bersih daripada sebarang najis.

Manakala, sewaktu takbiratul ihram, kedua-dua tangan tidak perlu diangkat sekiranya sedang mendukung bayi.

Ketika hendak sujud pula, bayi perlu diletakkan di sebelah dan sujud seperti biasa. Selesai sujud kedua, bayi boleh didukung semula sebelum memulakan rakaat seterusnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen