Bertahun bercinta tak ada kepastian, gadis terima pinangan lelaki lain ketika lalui proses 'move on'

Oleh: Zuzu Yasmine

Bercinta bertahun-tahun belum tentu ada kepastian bahawa hubungan tersebut akan berakhir dengan kebahagiaan. Boleh jadi, hubungan itu hanya satu persinggahan sementara menanti yang betul-betul pasti.

Namun bila berlaku perpisahan, bukan mudah untuk move on dan menerima kehadiran insan baru dengan cepat.



Akan tetapi, berlainan pula dengan gadis ini apabila menerima pinangan ketika melalui proses move on.



Bertahun bercinta tapi tak ada kepastian


Menerusi video yang dimuat naik, gadis bernama Alia Nabella berkongsi sedikit akan pengalaman cintanya yang tidak menjadi.



Namun gadis tersebut juga dikatakan berlapang dada bahawa bekas kekasihnya itu bukan jodohnya malah tidak menanam sifat benci dan dendam.



Terima lamaran ketika move on

Alia juga berkongsi sedikit kisah bahawa dirinya telah menerima lamaran dari seorang lelaki yang baru sahaja dia kenali, malah ketika itu belum sampai seminggu melalui proses move on.

Menurutnya, bagi membuktikan bahawa dirinya serius, lelaki berkenaan telah menghantar rombongan meminang sekaligus mengikat tali pertunangan secepat mungkin.

Dalam pada itu, Alia turut meluahkan rasa syukur apabila segala urusan telah dipermudahkan oleh-Nya.



Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai yang rata-rata mendoakan kebahagiaan pasangan ini dan tumpang gembira. Malah, ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama seperti gadis itu.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen