Sepakat bahagiakan ibu, 6 beradik belikan emas guna I-Sinar buat ibu

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, kumpulan pertama pemohon I-Sinar telah KWSP telah diluluskan. Perkara tersebut merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat yang terjejas berikutan penularan wabak Covid-19.



Pastinya penerima dan pemohon I-Sinar telah merancang sehabis baik dalam menggunakan wang tersebut untuk kelangsungan hidup mereka.

Pilih bahagiakan ibu

Berikutan itu, seorang pengguna media sosial telah menggunakan wang I-Sinar yang diterima untuk menggembirakan insan tersayang.

Perkara tersebut telah dikongsikan menerusi aplikasi TikTok Norsilawati Mohamad, dia serta adik beradiknya telah berkongsi untuk membeli hadiah buat ibu mereka menggunkan wang yang diterima.



Melihat ke dalam rakaman video tersebut, sejurus sahaja mereka menerima wang tersebut dia dan beberapa adik beradiknya telah bergegas ke kedai emas untuk memilih seutas gelang emas yang sesuai buat ibu mereka.



Mereka juga sepakat memilih seutas gelang emas bersaiz besar kerana yakin itu sesuai dengan ibu mereka.

Kejutan kotak KFC

Bagi memastikan ibu mereka lebih terkejut, mereka adik beradik telah meletakkan gelang emas tersebut di dalam kotak KFC yang sememangnya kegemaran ibu mereka.

Kebahagiaan ibu kebahagian kami

Dapat dilihat ibu mereka itu menitiskan air mata kegembiraan apabila menerima hadiah yng tidak disangka-sangka daripada anak-anaknya.



Menurut Norsilawati, senyuman dan tangisan kegembiraan ibu merupakan satu kebahagiaan buat mereka. Walaupun tidak dapat membalas jasa ibunya namun dapat menyenangkan hati insan yang mereka sayangi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terharu akan atas apa yang telah dilakukan ke atas ibunya, malah mengharapkan dapat melakukan perkara yang sama jika diberi peluang kelak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen