Pusat kuarantin MAEPS terlihat sesak, pesakit Covid-19 tampil jelaskan keadaan sebenar

Oleh: Zuzu Yasmine

Umumnya semua tahu bahawa penular wabak Covid-19 semakin membimbangkan dan agak kritikal di negara ini.



Malah, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah juga telah mencadangkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar bakal dilaksanakan bagi mengurangkan tekanan pada petugas kesihatan.

Pusat kuarantin sesak?

Baru-baru ini, tular di laman Twitter akan video keadaan pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) yang penuh sesak dengan pesakit Covid-19.

Video tersebut dimuat naik oleh salah seorang pengguna Twitter paedraip yang meminta semua orang untuk terus menjaga kesihatan mereka masing-masing.

Menerusi rakaman berdurasi kurang 50 saat itu, memperlihatkan pesakit Covid-19 sedang berhimpit menunggu giliran masing-masing.



Malah, dalam video berkenaan juga terlihat bahawa ruangan tersebut sudah pada dengan pesakit.

Beratur nak balik

Rupanya rakaman tersebut merupakan salah faham dan sebenarnya kesemua mereka yang beratur telah sembuh dan dibenarkan pulang.



Masih selesa dan lengkap


Bagaimanapun, salah seorang pengguna Twitter, Afifie Chan yang dikatakan sedang mendapat rawatan di MAEPS menyatakan bahawa situasi di sana tidak seburuk yang disangkakan.

Bahkan, Afifie juga menyatakan bahawa kawasan tersebut selesa dan dipenuhi dengan pelbagai kelengkapan yang mencukupi.



Perkara tersebut menimbulkan kebimbangan waragnet yang menyarankan untuk sentiasa patuhi SOP serta turut bersimpati akan petugas kesihatan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen