Jumpa jodoh dalam PUBG, pernah terputus hubungan tapi tak sangka kembali bersatu

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau dah namanya jodoh, berlanggar bahu pun boleh berjodoh bersama. Tapi tentunya setiap pertemuan dengan pasangan hidup ini mempunyai keunikan dan jalan cerita tersendiri.

Ada yang berkawan dari sekolah, ada yang dijodohkan ibu bapa malah ada juga yang berkenalan di media sosial. Semuanya datang secara tidak disangka-sangka untuk menjadi pasangan hidup.



Itulah yang dilalui pasangan ini apabila bertemu jodoh ketika bermian online game bersama-sama.

Jumpa jodoh di PUBG

Menerusi muat naik TikTok Nur Shifahani, dia telah berkongsi detik perkenalan dengan suami tercinta, Muhammad Heedir Ariff yang bertemu melalui permainan PUBG.

Menurutnya, lelaki berkenaan mulanya sudah terpikat dengannya menerusi aplikasi Facebook, malah mereka juga dikatakan pernah bersekolah di tempat yang sama namun saling tidak mengenali.



Pernah putus hubungan

Perkenalan mereka diuji apabila mereka pernah terputus hubungan untuk seketika selepas itu.



Bagaimanapun, percaya akan jodoh milik mereka, Heedir Ariff telah nekad mencari Shifahani di Instagram sebelum disatukan sebagai suami isteri pada tahun lepas.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet membanjiri dengan ucapan tahniah malah mereka juga ingin mencuba nasib dengan mencari jodoh di PUBG.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen