Bimbang awning renyuk di tangan suami, pengantin segera alihkan sambil ketawa

Oleh: Zuzu Yasmine

Ragam pengantin baru sememangnya sangat melucukan sesiapa sahaja yang melihatnya. Malah, ada juga ragam mereka ini mengimbau kembali kenangan manis saat bersama pasangan dulu-dulu.



Baru-baru ini, tular sepasang pengantin yang dikatakan mencuit hati warganet apabila gelagat mereka boleh dikatakan jarang-jarang berlaku.

Takut bentuk tudung tak jadi

Menerusi perkongsian di apaliskasi TikTok oleh Aniesyah, dia berkongsi momen saat suaminya meletakkan tangan di atas ubun-ubun isteri bagi melafazkan doa.


Berdasarkan video tersebut, suaminya meletakkan seleuruh tapak tangan di atas kepalanya ketika itu, namun disebabkan bimbang awning tudungnya akan terjejas, dia terus mengalihkan tangan suaminya.



Banyak kali betulkan awning

Sambil menahan ketawa, wanita berusia 24 tahun itu menegur suaminya agar meletakkan tangan di bahagian yang tidak menjejaskan awning tudungnya.

Ketika itu juga, Aniesyah terlihat beberapa kali memperbaiki awningnya agar terlihat kemas dan terbentuk seperti keinginannya.



Macam nak lepas saka

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur akan gelagat pasangan ini malah menyatakan bahawa bab tudung jangan buat main, kalau tak jadi boleh mengganggu mood wanita.

Malah ada juga menyatakan bahawa lelaki berkenaan meletakkan tangan seolah-olah ingin melepaskan saka dari isteri tercinta.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen