Tiada kesan dera, budak perempuan dakwa didera kembali pada ibu bapa

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini tular akan seorang kanak-kanak perempuan yang dikatakan mengayuh basikal seorang diri dipercayai menuju ke rumah neneknya.

Kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun itu juga didakwa telah didera serta dihalau dari rumah oleh kedua orang tuanya.

Diserahkan semula

Bagaimanapun, menerusi laporan Harian Metro, kanak-kanak perempuan itu telah diserahkan kembali kepada ibu bapanya.



Menurut, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol ketika dihubungi mengesahkan penemuan kanak-kanak perempuan itu di Taipan Setia Alam pada 4 petang semalam.

"Sekitar jam 6 petang, kanak-kanak perempuan itu diserahkan kepada Polis Bantuan SP Setia seterusnya dibawa ke Balai Polis Setia Alam. Kanak-kanak perempuan itu membawa beg pakaiannya dengan menaiki basikal.

"Siasatan awal mendapati tiada kesan penderaan pada tubuh kanak-kanak itu. Dia (kanak-kanak) diserahkan kembali kepada ibu bapanya yang hadir ke balai pada 6.45 petang," katanya.

Ibu bapa buat laporan polis

Difahamkan, ibu bapa kanak-kanak perempuan itu turut membuat laporan polis berkaitan video yang tular itu.

"Polis akan rakam percakapan dan individu-individu yang membuat rakaman juga akan dipanggil untuk membantu siasatan," katanya.

Tak tahan kena dera

Dalam perkongsian video itu, kanak-kanak terbabit mendakwa tidak tahan akibat didera sebelum diizinkan ibu bapanya untuk meninggalkan rumah mereka.

"Kata kanak-kanak itu, dia selalu kena marah dan kena dera. Hari ini (semalam) dia tidak tahan sangat, nak keluar rumah. Jadi ibu bapanya izinkan dan teman turun dari rumah dan bagi dia keluar serta kayuh basikal.

"Kanak-kanak itu juga beritahu, ibu bapa ada pesan, jika dirogol jangan salahkan mereka dan jika hilang mereka (ibu bapa) akan lapor polis," katanya lelaki dalam video berkenaan.

Bagaimanapun lelaki terbabit mengakui, dia tidak tahu sejauh mana kebenaran dakwaan kanak-kanak itu.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen