"Tolong mereka Ya Allah..." - Lelaki tak percaya isteri dan anak baru lahir mangsa nahas pesawat

Oleh: Zuzu Yasmine

Seperti yang sedia maklum bahawa, pesawat dari Indonesia Sriwijaya Air yang dipercayai membawa 56 penumpang dilaporkan hilang dari radar.

Pesawat itu dilaporkan telah berusia 27 tahun jenis Boeing 737-5000, dikatakan hilang ketika berada pada altitud lebih 10,000 kaki kurang dari seminit dan lebih kurang 4 minit selepas berlepas dari Jakarta.



Pastinya ketika ini suasan sedih sedang menyelubungi keluarga mangsa penumpang pesawat berkenaan.

Hilang isteri dan anak

Bagaikan tidak percaya kehilangan anak dan isteri sekaligus, seorang lelaki menjerit dan menangis ketika memasuki Lapangan Terbang Supadio.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Yaman Zai memaklumkan isteri serta tiga anaknya termasuk yang baru dilahirkan adalah penumpang pesawat Srwijaya Air.



Menurut sumber, lelaki tersebut berasal dari Pulau Nias itu memaklumkan dia sudah menetap selama setahun di Pontianak atas urusan kerja.



Kerana sudah lama tidak bertemu keluarganya, dia mengajak isteri serta tiga anaknya termasuk yang baru lahir datang ke sini.

“Isteri dan tiga anak saya merupakan penumpang pesawat tersebut. Saya tidak percaya dengan apa yang berlaku ketika ini, tolong mereka Ya Allah” katanya sambil menangis.

Sempat berhubung kali terakhir

Yaman menyatakan kali terakhir dia berhubungan dengan isterinya adalah pukul 1.30 petang waktu tempatan.

“Isteri beritahu mereka sudah ada di Lapangan Terbang Soekarno Hatta untuk berlepas dan selepas itu saya mendapat tahu bahawa pesawat yang mereka naiki sudah terputus hubungan.

“Saya cuba hubungi isteri namun telefonnya tidak aktif,” ujarnya.

Terdahulu pesawat itu berlepas dari Jakarta pada Sabtu dan dijadualkan mendarat di Pontianak di Kalimantan Barat.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen