Terselamat dari pesawat terhempas, wanita luah rasa bersyukur & sedih

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika dikejutkan akan berita sedih yang menimpa 56 penumpang pesawat dari Indonesia Sriwijaya Air yang telah terhempas Sabtu lalu.

Sebuah keluarga dikatakan meluahkan rasa syukur apabila terselamat daripada nahas ngeri kepal terbang tersebut.



Menerusi laporan Kompas, individu dari Padang Pariaman di Sumatera Barat, Indonesia yang lebih mesra dipanggil Osneti menarik nafas lega apabila dirinya dikatakan telah dilarang menaiki penerbangan Sriwijaya Air SJ 182 dari Jakarta ke Pontianak baru-baru ini.



Tak memiliki dokumen lengkap


Menurut wanita berusia 50 tahun itu, dia bersama anak, adik serta anak buahnya dikatakan tidak boleh menaiki pesawat tersebut berikutan tidak memiliki dokumen ujian swab Covid-19 PCR negatif.

“Saya sudah tiba di lapangan terbang dan hendak menaiki pesawat, tapi dilarang kerana tidak memiliki hasil ujian swab PCR.

“(Sebaliknya) saya hanya ada surat ujian pantas (rapid test) antigen,” katanya.

Katanya, mulanya dia tidak tahu bahawa syarat untuk masuk ke Pontianak adalah diwajibkan untuk menjalani ujian swab berkenaan, di samping hanya menyangka bahawa surat ujian pantas antigen itu sudah memadai.


Kecewa terpaksa melupakan rancangan

Tambahnya ketika itu jelas terasa kekecewaan kerana tiket sudah dibeli malah dia juga tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan seperti yang ditetapkan.

Bersyukur terselamat

Bagaimanapun, rasa kecewa itu menjadi syukur apabila mengetahui kapal terbang itu hilang tidak lama selepas berlepas.

“Tapi kekecewaan itu berubah menjadi sujud syukur kerana hanya selang beberapa jam selepas pembatalan penerbangan itu, saya mendapat khabar berita kapal terbang itu hilang dari radar,” luahnya.

Jelasnya, beliau tidak menyangka hikmah dia dilarang menaiki penerbangan tersebut telah menyelamatkan nyawanya sendiri hingga membuat sujud syukur serta menangis.

Bagaimanapun, perasaannya ketika ini bercampur -baur apabila dirinya terselamat namun penumpang lain telah pun meninggal dunia.

“Senang dan duka bercampur-aduk. Senang kerana mampu terhindar daripada musibah itu, duka kerana ada orang lain yang terkena musibah,” katanya.

Terdahulu, dari Indonesia Sriwijaya Air berlepas dari Jakarta dan dijadualkan mendarat di Pontiamak, Kalimantan Barat, namun telah dilaporkan hilang dari radar.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen