Berkahwin dengan seseorang yang dicintai tentunya salah satu kebahagiaan dan keinginan setiap insan. Pelbagai angan dan impian telah dikongsi akhirnya menjadi satu kenyataan kelak.
Bagaimanapun, tidak seperti gadis ini apabila terpaksa reda calon suaminya pergi buat selamanya selepas bertahun-tahun bercinta.
Tak sangka pergi secepat ini
Menerusi perkongsian Husnina Azman, dia tidak menyangkakan bahawa teman lelakinya Muhammad Ilham akan pergi secepat ini selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan.
Sempat berjumpa sebelum kemalangan
Sebelum perpisahan selamanya berlaku, mereka berdua dikatakan sempat bertemu untuk beberapa minit sebelum menerima panggilan telefon menyatakan kekasih hati terlibat dalam kemalangan.
Menurut Husnina, dia menyatakan bahawa sepatutnya tahun ini mereka disatukan selepas 7 tahun berkenalan. Malah, mereka juga telah menghadiri kursus perkahwinan pada November lalu.
Reda dengan pemergian
Walaupun dalam keadaan terpaksa, Husnina menyedari bahawa dia perlu melepaskan kekasih hatinya agar tenang di sana malah menesukan hidup tanpanya di sisi.
Sehubungan dengan itu, warganet turut bersimpati selepas melihat perkongsian berkenaan malah turut mengucapkan takziah kepaa gadis itu.
Bahkan, ada juga yang menyatakan bahawa dirinya tidak dapat membayangkan jika diuji dengan kejadian seperti itu.
Tinggalkan Komen