Kebahagian aku atau ibu?

Oleh: Siti Nur Ain

Assalammualaikum semua. Kenalkan aku A. Aku dekat sini nak minta pendapat korang semua. Lagipun untuk orang macam aku, aku tak ada tempat untuk mengadu atau meluahkan masalah.

Aku anak tunggal dan ayah aku dah lama meninggal. Sejak aku kecil lagi arwah ayah dah pergi tingalkan kami. Jadi memang dari kecil lagi aku tak pernah dapat kasih sayang ayah.

Tak tahu macam mana perasaan dia yang dapat bermanja dan share masalah dia dengan someone bergelar ayah. Sebab tu aku ni boleh dikatakan anak yang kesepian.

Ibu pula sejak dia jadi ibu tunggal, dia mula gila kerja cari duit sebab nak sara kami berdua. So memang dia langsung tak ada masa untuk kami. Kehidupan aku cuma aku, dan pengasuh aku.

Tapi ibu setia dengan ayah. Ibu tak pernah terfikir nak kahwin lagi walaupun ramai yang nak dekat ibu. Bukan sorang dua orang. Mungkin dah lebih lima orang yang nak jadikan ibu isteri mereka.

Tapi ibu tolak. Sebab dia kata sayang dia untuk ayah tak terganti. Ibu pun nak fokus besarkan aku dan bagi aku segala-galanya. Sebab tu aku sayangkan ibu sangat-sangat. Dia je harta yang memang tak ternilai untuk aku.

Sekarang aku dah bekerja dan ada pendapatan sendiri. Ibu aku pula masih sama tapi sekarang dia dah tak gila bekerja. Dia dah mula slow kan diri dia. Tapi ibu aku masih lagi cantik dan tak nampak macam orang berumur 45 tahun.

Ibu aku kahwin muda, dan dia pandai jaga badan muka dia. Sampai orang tengok ibu baru umur 30 lebih. Tapi sekarang bukan itu yang aku nak cakap.

Sekarang aku ada kekasih. Dan aku memang sayangkan dia sangat-sangat. Aku memang nak kahwin dengan dia dan aku berjanji dengan diri aku yang aku akan bahagiakan dia.

Nama dia L, dan aku pun dah berjumpa dengan ayah dia. Cuma aku belum ada kesempatan untuk kenalkan dia kepada ibu aku. Sebab ibu aku masih lagi jarang balik rumah. Ibu ada dekat rumah time malam je. Jadi memang susah untuk aku kenalkan L dekat ibu.

Ayah L seorang duda yang dah lama kematian isterinya. Dia macam ibu aku yang tetap pilih single walaupun ramai perempuan nak dekat dia. Memang ibu dan ayah L persis sama. Tetap setia walaupun pasangannya dah lama pergi selama-lamanya.

Aku berharap sangat cinta dan perkahwinan aku seperti mereka. Tetap setia walaupun pasangannya dah pergi. Tetap jaga cinta suci mereka. Aku rasa indahnya kisah cinta ibu dan ayah L.

Sampailah satu hari, aku perasan ibu agak lain. Dari segi pemakaian, tingkah laku semua. Rupanya ibu jatuh cinta dengan someone.

Perasaan aku masa tu?

Mestilah aku bahagia. Sebab ibu dah lama berseorangan, mesti sedikit sebanyak dia akan sunyi dan perlukan seseorang untuk teman dia. Lagipun ibu boleh dikatakan masih muda. Jadi apa salahnya kalau dia nak kahwin lain.

Aku tak pernah nak halang niat dia untuk kahwin lain. Malah aku sokong sangat sebab aku sayangkan ibu dan apa-apa pun keputusan dia, aku akan setuju. Asalkan benda tu buat ibu bahagia dan tersenyum.

Tapi senyuman dan kebahagian aku luntur bila tengok gambar lelaki yang ibu suka. Aku rasa, kenapa dunia ni kecil sangat? Kenapa mesti lelaki tu yang ibu suka? Padahal ramai lagi lelaki dekat luar sana. Tapi kenapa mesti dia?!

Kenapa mesti ayah L jugak yang ibu jatuh cinta? Masa tu aku rasa nak menangis. Aku sedih, hati aku sakit sangat. Tapi aku tak cakap sepatah kata pun dekat ibu. Yang aku dan anak uncle tu bercinta. Kami dah bercinta lama. Aku tak nak senyuman ibu mati.

Tapi dalam masa yang sama aku tak dapat bayangkan lelaki tu jadi ayah tiri aku. Dan aku akhirnya jadi abang tiri L. Aku tak sanggup bayangkan semua tu. Dan aku langsung tak nak bayangkan! Aku rasa semua ni mimpi ngeri dan aku berharap bila aku bangun, semua kembali normal.

Sayangnya, aku tolak macam mana pun. Ni kenyataan yang terpaksa aku terima. Ibu aku jatuh cinta dekat ayah kekasih aku. Mereka memang masih belum ada apa-apa hubungan.

Cuma mungkin tak lama, ibu aku akan confess dekat uncle tu. Dan sediakah hati aku untuk terima semua berita ni? Patut ke aku terus terang dengan ibu aku?

Yang aku bercinta dengan L, dan mohon ibu cari lelaki lain. Minta ibu lupakan niat dia. Sebab aku baru berniat nak melamar L, dan nak kenalkan L secara rasmi dekat ibu. Tapi belum sempat aku teruskan niat aku.

Aku yang terlebih dulu terkejut dengan penyataan ibu. Tapi sanggup ke untuk aku buat semua tu dekat ibu aku? Ibu yang selama ni dah korbankan segala-galanya untuk kau?

Patut ke aku just lupakan cinta aku untuk L? Tanam sedalam mungkin cinta kami, dan anggap cinta kami sebatas adik dan abang sahaja? Tapi mampu ke kami buat semua tu? Mampu ke kami hilangkan cinta kami macam tu je?

Benda ni cuma aku je yang tahu. Dan cuma aku je yang tanggung semuanya. Aku tak tahu keputusan mana yang patut aku ambil. Aku buntu tak tahu nak buat apa.

Sama ada pilih kebahagian aku dan lukakan hati ibu aku? Atau korbankan hati aku untuk buat ibu aku tersenyum bahagia?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen