Kawan sampai kahwin

Aku bertemu dengan Hairul ketika masih belajar di sebuah IPTA di Selangor. Boleh aku katakan, Hairul adalah lelaki pertama yang aku kenali sepanjang hidup aku. Ye lah, dari zaman sekolah aku bersekolah di sekolah perempuan dan aku juga tak ada masa untuk berkenalan dengan lelaki walaupun di alam maya sebab aku sibuk belajar. 

Jadi, bila dah masuk Uni aku agak janggal bila bergaul dengan lelaki. Hairul antara lelaki yang rapat dengan aku dan dia jugalah yang selalu ada dengan aku, protect aku dan hairul bukan lelaki yang suka ambil kesempatan. So, hairul yang banyak hilangkan tanggapan aku tentang lelaki. Jujur aku katakan, aku ada pandangan sendiri tentang lelaki. 

Biasalah, walaupun aku ni tak bergaul dengan lelaki tapi ada je kawan aku yang selalu cerita dekat aku pasal boyfriend-boyfriend mereka. Bila aku dengar tu aku pun fikir yang lelaki ni trash padahal kawan-kawan aku sendiri pun bukanlah setia sangat. Bila aku kawan dengan Hairul, aku dapat satu gambaran yang tak semua lelaki macam tu. Ada je yang baik macam Hairul. 

Aku memang kurang sikit kawan dengan perempuan. Bukan aku sombong tapi aku suka bersendirian dan kawan-kawan perempuan yang aku, semua nak hangout dan enjoy. Aku pula nak enjoy tapi dengan cara sendiri. Aku pun tak tahulah tapi mungkin takdir aku jumpa kawan-kawan perempuan yang suka pergi kelab sana sini. 

Aku akui yang aku ni dipanggil nerd oleh kawan-kawan aku sebab sikap aku yang tak suka ikut mereka pergi enjoy di kelab malam dan lagi memilih teman si Hairul main frisbee atau teman Hairul pergi cari buku-buku lama dekat KL. Aku rasa itu lebih seronok sebab aku dapat belajar banyak benda daripada Hairul. 

Tentang buku, sport dan Hairul suka hiking jadi aku tahu lah mana-mana bukit yang kau boleh hiking dan dapat view yang cantik-cantik walaupun hakikatnya aku ikut Hairul sebab aku rasa selesa dengan dia. Ada yang kata kami ada apa-apa tapi aku selalu menafikan sebab aku tak nak Hairul rasa janggal dengan aku. Ye lah, bila kau dah kawan rapat dengan seseorang yang berlainan jantina ni kau memang kena pandai kawal perasaan. 

Satu hari, Hairul ajak aku keluar dan kebetulan juga masa tu aku baru habis kelas jadi aku pun okay je lah. Rupanya, hari tu Hairul ajak aku keluar untuk benda lain. Dia sebenarnya suka dekat seseorang ni dan dia minta aku tengok gadis tu. Aku pun setuju untuk tengokkan gadis tu walaupun dalam hati aku aku rasa ada sesuatu yang tak best. Gadis yang Hairul maksudkan tu bukan orang jauh pun, satu rumah aku je. 

Pada awalnya, Hairul tak tahu yang gadis dia suka tu housemate aku, jadi senang jugalah kerja aku nak tahu pasal dia. Nama housemate aku tu, Fitri. Aku dan Fitri tak adalah rapat mana tapi sebabkan Hairul, tiba-tiba aku rapat dengan Fitri ni. Fitri ni gadis muslimah sikit jadi dia selalulah ajak aku pergi dengar ceramah dekat surau kolej. 

Aku ingatkan dia selalu pergi ceramah sebab nak dapat kupon kolej sebab dia pernah cerita yang dia selalu dapat kolej tapi bila ceramah habis, dia tak ambil pun kupon tu. Habis ceramah dan solat semua dia keluar dan ajak aku lepak dekat gazebo. Sejak kenal Fitri, aku lebih banyak kenal agama dan aku jarang keluar dengan Hairul tapi Hairul tak pula cari aku. 

Dalam 2 minggu kemudian, kami ada cuti mid sem. Aku malas nak balik JB jadi aku pilih untuk stay dekat kolej. Fitri tahu aku nak stay dekat kolej jadi dia ajak aku balik rumah dia tapi dia dia kata rumah dia rumah kampung je. Ye lah, mungkin dia tengok aku ni macam budak bandar jadi tanpa berfikir panjang aku terus setuju ikut dia balik kampung. 

Pada masa yang sama, Hairul pun cakap yang dia tak dapat nak stay kolej sebab dia kena balik kampung jadi aku pun memang dua kali setuju lah ikut Fitri balik. Masa aku sampai tu, aku excited sangat sebab aku tak ada kampung yang betul-betul suasana kampung. Malam tu, Fitri kata abang dia pun akan balik. Jadi, dia harap aku tak janggal dan jangan segan. Aku angguk je lah. Entah kenapa, aku rasa berdebar-debar bila tahu abang dia nak sampai. 

Lepas habis solat, Fitri panggil aku makan. Sampai je dekat meja makan, aku terkejut tengok Hairul. Aku tanyalah dia buat apa dekat sini, tiba-tiba Fitri kata itula abang dia. Aku terkejut sangat dan masa tu aku tengok muka Hairul senyum sampai telinga. Aku lupa yang Hairul ni 2 tahun lebih tua dan dia sambung belajar lambat sikit. Lepas habis belajar, mak Hairul masuk meminang dan tanpa ragu-ragu aku terima pinangan tersebut.

Mungkin ni lah yang dikatakan jodoh dan aku tak sangka daripada kawan biasa kini dah jadi seseorang yang jadi peneman hidup aku. 

Anda masih keseorangan?

884,310 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen