Tersasul sebut 'bawang merah', suami ajar isteri omputih cakap Melayu jadi perhatian warganet

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkahwinan antara dua negara sememangnya satu hubungan yang unik. Bukan sahaja saling mengenali budaya yang baru tetapi juga saling menyesuaikan diri dalam pelbagai aspek yang baru seperti makanan, bahasa dan juga tempat tinggal.



Baru-baru ini, tular satu pasangan yang Malaysia- Amerika di media sosial yang berkongsi gelagat dalam menggunakan Bahasa Melayu ketika berbual.

Gelagat isteri belajar cakap melayu

Keluarga kecil ini kenali sebagai Kumaar Family yang memuat naik sebuah video di Twitter dengan menunjukkan gelagat Logesh dan isterinya, Rachel ketika membeli belah di pasaraya.



Menerusi video tersebut, awalnya wanita berkenaan diberi sati cabaran oleh si suami di mana dia perlu mencari bahan dapur iaitu ‘red onion’ atau bawang merah di pasaraya tersebut.

Dari bawang jadi burung

Bagaimanapun, keadaan menjadi kelakar apabila sebutan yang dilontarkan oleh isterinya tidak sama seperti yang disebut oleh suaminya.

Lebih melucukan apabila Rachel menyebut bawang merah sebagai ‘burung merah’. Walaupun telah ditanya berulang kali oleh suaminya, Rachel tetap yakin dengan jawapan tersebut.

Sempat ketawakan diri sendiri

Namun, selepas mengetahui maksud sebenar, dia segera perbaiki perkataan tersebut dan sempat mentertawakan dirinya sendiri.

Menurut Logesh, dia akan cuba untuk memberi tunjuk ajar kepada isterinya agar boleh menguasai Bahasa Melayu dengan baik.



Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet yang memuji tindakan lelaki berbangsa India malah ada juga turut mengucapkan tahniah kerana memiliki jati diri yang teguh.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen