Teman, hadiah terindah

Ni kisah aku dan sahabat aku. Nama panggilan manjanya Ra. Ra ni seorang gadis yang nakal, kasar dan jenis yang selamba. Bagi dia, selagi hati dia nak buat selagi tu dia akan buat. Setiap gerak geri dia sentiasa jadi perhatian aku. Kadang aku tak tahu daripada mana dia dapat keberanian yang macam tu dalam hidup dia. Dia selalu cakap yang hidup ni sekali dan jangan sia-siakan hidup sampai kau tutup mata. 

 

Walaupun dia kasar, nakal tapi dia bukan seorang yang kurang ajar malah dia juga pandai jaga diri. Aku rasa selamat bila dengan dia. Aku ni jenis yang senyap dan tak berani macam Ra. Cuma satu je kekurangan Ra, dia bab-bab belajar dia tak berapa dan selalu jadikan aku mangsa untuk salinkan segala nota tapi aku tak adalah berkira. 

 

Kadang, ada juga lah aku bebel dekat dia supaya belajar dan jangan nak main je. Dia akan angguk tapi masih lagi datang sekolah dengan kerja sekolah yang tak siap. Ada seorang cikgu ni, satu kelas tak suka sebab dia jenis yang asyik nak marah dan tak relaks. Cakap jerit-jerit walaupun dengan aku dia cakap baik-baik mungkin sebab aku selalu dapat gred A dalam subjek dia. 

 

Dia sebenarnya cikgu English yang berbangsa melayu. Ra ni seorang yang rebel, jadi bila dia tak suka cikgu tu dia akan ponteng atau dia akan tidur. Kadang, kalau aku berjaya pujuk dia dapatlah tengok muka dia dekat kelas tapi kalau mood dia swing memang tak adalah dia dalam kelas tu. Cikgu tu pula selalu cakap yang bukan-bukan dengan Ra tapi Ra macam biasa dia akan buat tak tahu dan blah walaupun cikgu tu masih membebel.

 

Sikap Ra yang macam ni lah yang buatkan cikgu tu tak nak ajar kelas kami lagi dan Ra pun selalu jadi idola dekat sekolah. Biasalah dengan gaya bad girl dia, semua orang anggap dia cool dan nak dekat dengan dia tapi aku juga yang dia akan heret untuk buat benda-benda nakal. Dia bukan nakal dekat budak-budak yang buli aku je dan yang cari pasal dengan dia. Kalau tak, dia baik je. 

Persahabatan aku dan Ra kadang disalah erti oleh orang sekeliling. Ye lah Ra ni kasar, aku pula lemah lembut jadi macam-macam lah orang kata pasal kami. Ada yang kata aku suka Ra, ada yang kata Ra suka aku tapi hakikatnya mereka tak tahu betapa Ra ni seorang gadis yang soft dan sensitive. Secara luaran orang akan nampak aku ni jenis lemah lembut tapi Ra ni adalah insan yang paling banyak menangis dekat dalam dan belakang orang. Aku akui, Ra seorang yang happy go lucky. Nampak macam tak ada masalah tapi dia lah yang menanggung segala masalah di bahu dia.

 

Ra anak sulung dan ayah dia pula dah lari lepas pinjam duit dari pakcik Ra jadi, mak dia dan Ra yang kena cari duit untuk bayar semua tu. Ra nampak relaks tapi dalam kepala dia macam-macam dia fikir sampai satu tahap dia terpaksa tak dapat hadir sekolah dan aku dapat tolong cover dia bagitahu cikgu yang dia tak sihat. Terpaksa lah aku minta tolong abang aku yang doktor buatkan MC untuk Ra.

 

Aku tahu salah tapi aku tahu juga apa yang Ra lalui masa tu. Dia dan keluarga dia terpaksa berpindah dari satu tempat yang lain demi lindungi diri daripada orang suruhan pakcik dia. Aku pun tak pasti, pakcik dia tu pakcik kandung atau macam mana sebab bagi aku memang tak ada perikemanusiaan langsung terhadap keluarga adik dia.  

 

Sehinggalah satu hari, Ra jumpa aku dekat rumah dan merayu dekat aku nak pinjam duit untuk bayar hutang ayah dia. Dia minta 3000 ringgit dan masa tu aku terkejut sebab aku tak ada duit sebanyak tu. Aku pun minta dia masa dalam 3 hari aku cuba cari jalan untuk tolong dia dan sepanjang 3 hari tu, aku langsung tak jumpa Ra.

 

Aku cari dia dekat rumah pun, keluarga dia tak ada. Lepas 3 hari aku dapat duit 3000 tu lepas aku pujuk abang aku tapi sebelum aku sempat jumpa dia tiba-tiba aku dapat berapa yang Ra dah tak ada. Rupanya, selam 3 hari aku tak jumpa dia tu dia kemalangan dan masuk ICU. Aku tahu pun lepas terserempak dengan jiran dia dan jiran dia kata, keluarga Ra dah pindah. 

 

Bila seseorang tu dah tak ada barulah kita akan hargai setiap waktu yang telah kita lalui bersama. Macam tu lah aku. Hakikatnya waktu yang ada ketika masih bersama tu tak cukup pun, rasa macam nak minta peluang lagi untuk kembalikan semua masa kami tu.

 

Aku terkilan sangat, aku tak dapat jumpa dia untuk kali terakhir dan aku pun tak tahu mana keluarga dia pergi. Aku maklumkan dekat sekolah dan semua orang pun bersedih dengan kehilangan Ra. Kini, dah hampir 10 tahun kejadian ni berlalu tapi sampai ke hari ni aku masih rindukan sahabat aku. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Anda masih keseorangan?

832,805 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen