Harapan dan doaku

Oleh: Siti Nur Ain

Kenalkan, aku Aiman. Izinkan aku untuk cerita kisah yang paling indah dalam hidup aku. Yang tak dapat digantikan dengan apa-apa. Dan juga yang membuatkan aku sentiasa mengingati dirinya.

Dulu, aku seorang yang tak kenal apa tu cinta sejati. Aku dulu selalu mainkan hati perempuan, bagi janji palsu sebelum akhirnya aku tinggalkan mereka. Aku tak kesah semua tu. Bila aku dah bosan, aku akan buang mereka.

Aku anggap diorang ni, tak ubah macam baju. Yang sesuka hati akan aku buang bila aku dah tak nak. Itulah aku yang dulu. Yang tak pernah anggap serius dalam hubungan.

Sebab aku rasa kosong bila aku bersama dengan mereka. Cantik dan menarik mana pun, tetap aku rasa nothing. Tetap aku tak dapat cintakan mereka. Mungkin sebab tu juga kenapa aku selalu tukar kekasih.

Sampailah satu hari, aku berjumpa dengan dirinya. Mawar namanya dan dia juga memang seindah mawar. Mawar berduri yang tak akan biarkan lelaki mendekatinya.

Pandangan pertama aku untuk Mawar, dia tidak terlalu menarik. Boleh dikatakan dia kutu buku yang pakai cermin mata tebal, dan selalu bawak buku. Tapi semua tu berubah bila dia melepaskan cermin mata dia pertama kalinya.

Pertama kali juga aku rasakan dada aku berdebar. Wajahnya sehingga kini masih lagi jelas terbayang dalam ingatan aku. Tak akan aku lupakan detik-detik pertama kali aku melihat wajah dia. Indah dan penuh kelembutan.

Perasaan ni berlainan sangat ketika aku melihat wajah bekas kekasih aku. Aku dapat rasa untuk pertama kalinya aku tertarik dengan seorang perempuan. Dan perasaan ni semakin berkembang bila aku perhatikan Mawar.

Tingkah lakunya, senyuman dia, perbuatan dia, ketawa dia, semua tu buat aku semakin cintakan Mawar. Hingga akhirnya aku nekad. Aku nekad ingin mendekati Mawar. Aku tak akan sembunyikan lagi perasaan aku untuk Mawar.

Tapi seperti yang aku cakap, Mawar tak akan biarkan lelaki rapat dengan dirinya. Terlebih Mawar seorang yang sangat pemilih. Dia tak akan biarkan orang luar sesuka hati ingin rapat dengan dia.

Terlebih lagi dia memang dah tahu yang aku ini playboy. Yang memang dah sakitkan ramai hati perempuan. Aku tak salahkan dia kalau dia terfikir aku ingin memainkan dia.

Tapi aku berusaha. Untuk pertama kalinya, aku gigih mengejar seorang perempuan. Dalam hidup aku, aku tak pernah melakukan benda ini. Sebab sebelum ni, perempuan lah yang mengejar aku. Tapi untuk Mawar, segalanya aku sanggup lakukan.

Aku hiraukan semua cemuhan, ejekan dan kata-kata hinaan dari rakan aku. Sebab nampak aku betul-betul inginkan Mawar. Aku tak kesah depan orang ramai sekalipun. Aku lagi gembira sebab aku akan pastikan lelaki lain nampak. Yang Mawar aku punya dan mereka tak ada kesempatan untuk mendekati Mawar.

Berbulan lamanya usaha aku untuk mendekati Mawar. Aku cuba lakukan semampu aku untuk buktikan yang aku memang ikhlas nak bersama dia. Aku tak nak dia berfikir aku cuma nak main-mainkan hati dia.

Aku tak nak dia ingat aku buat pertaruhan dengan rakan aku. Aku tak nak semua tu. Aku betul-betul cintakan dia dan aku inginkan diri dia seorang. Perasaan ni tak pernah hadir untuk orang lain. Khusus dan khas hanya untuk dirinya seorang.

Hinggalah usaha aku terbayar. Mawar berlembut hati menerima aku dan dia benarkan aku berada di sisinya. Aku belum nyatakan perasaan aku dekat dia. Aku cuma nyatakan yang aku ingin berkawan dengan dia.

Sebab aku tak nak terburu-buru meluahkan apa yang aku rasa. Aku tak nak Mawar terkejut dan seterusnya menjauh dari aku. Aku tak dapat bayangkan semua tu berlaku pada aku.

Apabila hubungan kami semakin rapat, aku akhirnya buat keputusan untuk luahkan perasaan aku. Gugupnya ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu. Aku rasa jantung aku seperti ingin keluar. Peluh membanjiri badan aku sampai baju aku basah. Aku seram sejuk sangat.

Takut semua bermain dekat fikiran aku. Terlalu berbeza sangat ketika aku meluahkan cinta aku dekat orang lain. Sebab selama ini cinta yang aku ucapkan, semua itu palsu dan kosong. Mulut aku melafazkan, tapi hati aku tak membenarkannya.

Tak seperti kali ini, aku rasakan cinta tu. Aku benarkan dalam hati tapi begitu susah untuk aku luahkan. Aku tidak tahu macam mana ingin luahkannya.

Dan ketika aku berjaya, Mawar menerima aku dengan senyuman lembutnya. Aku menangis bahagia. Aku bahagia sangat sebab cinta yang selama ini aku cari, aku telah dapat. Dan aku janji aku tak akan lepaskan Mawar. Aku akan jaga cinta ini sebaik mungkin.

Sampailah aku berjumpa dengan keluarga Mawar dan dapat menikahi Mawar. Walaupun ketika itu aku cuma mampu membayangkannya sahaja, aku dah rasa bahagia dan teruja. Tak dapat digambarkan bahagianya kalau benda itu menjadi kenyataan.

Tapi kita hanya mampu merancang sahaja, Allah yang menetapkan segalanya.

Mawar telah tinggalkan aku selama-lamanya. Dia kini telah berehat dengan tenang selepas berjuang melawan sakitnya.

Rupa-rupanya selama ini, sejak kecil Mawar ada masalah dengan jantungnya. Walaupun Mawar dah buat operation, tapi kesihatan Mawar tetap menurun dan tidak membaik. Sebelum dia pergi, dia meminta maaf dekat aku kerana dia egois.

Dia tak pernah bagitahu sakit dia selama ini. Dan tetap ingin bersama aku, walaupun dia tahu umur dia tak panjang. Dia tahu aku akan terluka bila dia pergi nanti. Tapi dia tetap ingin bersama aku, sementara pun tak apa. Dia ingin saat-saat terakhirnya, dia berbahagia dengan aku. Walaupun hanya seketika.

Aku menangis. Suara aku tak dapat keluar ketika itu. Andai aku tahu dari awal sakit Mawar, aku akan terus menikahinya. Aku tak kesah andai masa dia menjadi isteri aku hanya sekejap sahaja. Asalkan aku dapat benar-benar bersamanya di saat-saat terakhir.

Aku dapat memeluk dan mencium dahinya. Aku dapat menenangkan dia saat-saat dia kesakitan. Dan aku dapat sentiasa di sisi-sisnya. Tapi semua tu terlambat. Dan perkara tu menjadi penyesalan untuk aku, hinggalah saat ini.

Untuk Mawar, semoga dirimu tenang di sana. Doaku untuk engkau, selalu menemani. Aku selalu merindukan dirimu dan hanya engkau yang tetap dalam hati aku. Kau tiada gantinya dan tiada siapa dapat menggantikan engkau. Aku berdoa dan berharap, walaupun kita tiada jodoh di dunia ini, semoga jodoh kita di sana kelak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen