Hanya kerja kilang, suami gigih bina rumah sendiri walaupun berdepan pelbagai dugaan

Oleh: Zuzu Yasmine

Pastinya setiap orang menyimpan hasrat untuk memiliki rumah idaman mereka. Tidak kiralah rumah yang besar atau kecil, pastinya akan lebih bahagia jika itu rumah sendiri.

Menjadi tempat berteduh dan tempat anak-anak membesar tentunya cukup membahagiakan, namun bukan mudah nak memiliki semua itu.



Itu juga dilalui oleh keluarga ini apabila dia berkongsi penat lelah suaminya dalam membina rumah mereka sendiri.


Dugaan nak ada rumah

Dikongsikan di aplikasi TikTok, Puan Zuraidah berkongsi kepayahan dan usaha suaminya yang hanya berkerja kilang untuk membina rumah sendiri selepas 6 tahun berkahwin dan menetap di rumah sewa.

Pelbagai ujian menimpa mereka dalam menyiapkan rumah tersebut, antaranya suami beberapa kali terlibat dalam kemalangan ketika menunggang motosikal.



Malah, suaminya juga pernah mengalami patah tangan dan terpaksa berehat panjang sebelum meneruskan proses pembinaan rumah tersebut.



Syukur atas kerja keras suami


Satu demi satu ujian terpaksa mereka lalui, hingga membuatkan persiapan rumah mereka tergendala dan memakan tempoh masa yang lama.

Bagaimanapun, setelah sekian lama akhirnya ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) rumah yang selesa buat mereka sekeluarga siap dibina.



Menurutnya, walaupun tidak seindah rumah orang lain namun dia tetap bersyukur atas usaha kerja keras suaminya buat mereka sekeluarga.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusan keluarga ini sentiasa dipermudahkan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen