24 jam kalut siapkan majlis member, semua gara-gara tok kadi suruh pilih nikah hari atau esok

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi, tentunya sangat membimbangkan bakal-bakal pengantin. Mana tidaknya, semua perancangan terpaksa ditunda sekali lagi sehingga bertemu waktu yang sesuai.



Malah, tentunya akan berdepan dengan kerugian jika sudah mengeluarkan belanja untuk majlis tersebut.

Akan tetapi, berlainan pula dengan bakal pengantin ini apabila melakukan segala persiapan secara ‘last minute’ apabila mempercepatkan tarikh pernikahan mereka berikutan PKP yang bakal dilaksanakan semula.

Tok kadi suruh nikah awal

Menerusi perkongsian di TikTok Erma Izzaty, majlis kahwin rakannya itu sepatutnya berlangsung pada 21 Januari walau bagaimanapun memilih untuk mempercepatkan majlis tersebut.



Tambah Erma, tok kadi yang bakal menikahkan rakannya itu menyarankan dua tarikh sahaja untuk pastikan pernikahan tersebut berjalan.



Minta kawan tolong

Oleh kerana tempoh masa yang agak singkat untuk menyiapkan segala persiapan, rakannya itu telah meminta beberapa rakan lain untuk menguruskan persiapan majlis tersebut. Bermula dengan dekorasi pelamin hingga ke hiasan bunga tangan, semuanya dibuat secara DIY dan hasil kerjasama rakan dan keluarganya.





Baju tetap cantik

Bukan hanya persalinan pengantin sahaja yang diutamakan, namun persalinan ibu bapa juga tidak dilupakan oleh mereka.

Walaupun dilakukan dalam masa yang singkat dan terpaksa bersengkang mata menyiapkan busana tersebut namun hasilnya tetap cantik dan kemas.



Bersyukur

Meskipun banyak dugaan yang berlaku di luar jangkaan, namun rakan Erma tetap bersyukur apabila pernikahan itu berlangsung dengan lancar seperti majlis perkahwinan yang lain.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah atas perkahwinan tersebut malah turut memuji pelamin yang dihasilkan begitu lawa walaupun dalam masa yang singkat.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen