“Saya sungguh bertuah awak hadir dalam hidup saya,"- Ayda Jebat

Oleh: Zuzu Yasmine

Mana-mana wanita tentunya mendambakan seorang suami yang boleh membimbing dirinya lebih dekat akan agama. Malah, menjadi salah satu ciri lelaki idaman tentunya seorang lelaki yang soleh.



Baru sahaja mendirikan rumah tangga awal Januari lalu, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat telah memuat naik sebuah video di Instastory miliknya ketika sedang berbulan madu.



Video yang dikongsikan itu memaparkan suaminya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir atau lebih mesra dengan panggilan Nabil Mahir baru sahaja selesai mengimamkan solat mereka berdua.


Menerusi video itu juga, Ayda sempat meluahkan rasa bertuah kerana lelaki tersebut menjadi pasangan hidupnya.

“Saya sungguh bertuah awak hadir dalam hidup saya,” tulis Ayda dalam video tersebut.

Ayda dan Nabil telah lebih seminggu mendirikan rumah tangga dan kini mereka sedang menikmati percutian bersama di Langkawi sebagai bulan madu mereka.



Terdahulu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari selepas mengadakan majlis pertunangan secara atas talian berikutan terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen