Tiada lagi foto 'free hair', Hannah Delisha padam lebih 800 gambar di Instagram

Oleh: Zuzu Yasmine

Makin cantik dan jelita apabila pelakon kelahiran Singapura Hannah Delisha memilih untuk mengenakan hijab sepenuhnya.



Pastinya umum tahu bahawa, pelakon wanita berusia 24 tahun itu juga telah mengenakan hijab sejak empat bulan lalu.



Hannah padam gambar lama

Bagaimanapun, baru-baru ini pelakon cantik manis ini dipercayai telah memadam beberapa foto di akaun Instagram miliknya.




Difahamkan, gambar yang telah dipadam adalah gambar sebelum Hannah mengenakan hijab dan hanya tinggal beberapa ratus sahaja posting yang masih dibiarkan di akaun tersebut.



Meminta agar padam gambar

Berdasarkan tinjuan, terdapat warganet yang meninggalkan komen berunsur nasihat apabila meminta pelakon tersebut memadam gambar yang memaparkan dirinya tidak bertudung.



Walau bagaimanapun, akuan Instagram milik peminatnya telah menjelaskan bahawa Hannah telah memadam lebih 800 keping gambar.



Semoga Hannah sentiasa istiqamah dengan imej terbarunya malah diharapkan warganet memberikan masa untuk Hannah memadam gambar dirinya sebelum ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen