Main 'The Wedding Shoe Game', netizen puji Harris Alif lebih matang dari umur sebenar

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan satu teka teki lagi akan hubungan cinta pasangan ini selepas mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 6 Februaru depan.

Pasangan berdarah manis ini, Intan Ladyana, 38 dan juga pasangannya Harris Alif kini mula mendapat perhatian warganet apabila melihat mereka sebagai pasangan yang secocok dan sepadan.



Walaupun jarak usia mereka 17 tahun, namun hubungan pasangan ini telah pun mendapat restu keluarga malah bakal disatukan tidak lama lagi.



Serasi apabila bersama

Jika sebelum ini, pasangan ini pernah muncul bersama dalam satu video clip nyanyian Harris Alif dengan judul lagu Anugerah, kali ini pasangan ini bermain ‘The Wedding Shoe Game’ dimana menguji keserasian mereka bersama.

Umur sekadar angka

Menerusi video yang dimuat naik di YouTube channel Harris Alif gelagat pasangan ini telah menarik perhatian warganet terutama Harris yang baru berusia 21 tahun.

Rata-rata warganet memuji akan sikap Harris yang dikatakan kelihatan matang berbanding umur sebenarnya. Malah, Harris juga dikatakan seorang lelaki yang gentlemen.



Video tersebut juga memaparkan soalan-soalan yang menarik membuat peminat lebih mengenali pasangan ini dah tahu akan jalan cerita hubungan mereka. Antara soalan yang menarik perhatian adalah seperti siapa yang mula cakap ‘I love you’, siapa kuat merajuk dan siapa yang pandai memujuk.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat gembira melihat keserasian pasangan ini yang jelas kelihatan menerusi video tersebut. Malah, ruang komen juga turut dibanjiri doa buat pasangan ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen