Akad nikah secara sidang video dibenarkan di Selangor mulai hari ini

Bakal pengantin tentunya meluahkan rasa sedih apabila majlis yang sepatutnya berjalan seperti dirancang terpaksa ditunda pada tarikh yang tidak pasti berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.

Walau bagaimanapun, bagi negeri Selangor akad nikah dibenarkan ketika tempoh ini melalui sidang video seperti sebelum ini.



Menerusi laporan Kosmo! Online, majlis akad nikah di seluruh negeri akan dilakukan secara sidang video sepanjang tempoh pelaksanaan PKP bermula hari ini sehingga 26 Januari depan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, bagaimanapun ia hanya akan dilaksanakan kepada pasangan telah mendapat kebenaran berkahwin dan temujanji tarikh akad nikah oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau Masjid Pengurusan.

“Pelaksanaan itu akan dilakukan oleh pendaftar yang akan berada di PAID manakala pengantin, wali dan dua saksi berada di rumah.

“Pegawai Tadbir Agama (PTA) setiap daerah akan menetapkan pelaksanaan majlis akan nikah berdasarkan temujanji yang sudah diatur,” katanya.

Sehubungan itu, perkhidmatan utama JAIS terutama melibatkan urusan nikah, cerai dan rujuk diberikan secara atas talian.

“Sebanyak 10 kaunter talian telefon iaitu 03-55143600 atau 03-55143400 dibuka di One Stop Centre di aras bawah, Bangunan Sultan Idris Shah untuk konsultasi perkhidmatan dan urusan temujanji setiap Isnin hingga Jumaat,” ujarnya.




Anda masih keseorangan?

832,805 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen