Kerajaan bagi kelonggaran rakyat balik ke tempat tinggal selewatnya Jumaat ini

Baru-baru ini, kerajaan telah mengisytiharkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 selama 14 hari di 6 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Melaka, Johor, Sabah dan Selangor bermula pada hari ini.

Walaupun aktiviti merentas negeri tidak dibenarkan sepanjang tempoh tersebut tetapi kerajaan  telah berbincang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bersetuju untuk memberi kelonggaran kepada mereka yang masih berada di kampung atau di luar kawasan yang ingin pulang ke rumah masing-masing sehingga hari Jumaat ini.

Elak tiket bas dan penerbangan 'burn'

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merupakan Menteri Pertahanan, menerusi sidang media yang dibuat secara live semalam, kelonggaran itu diberikan kepada mereka yang sudah membeli tiket penerbangan dan bas ekspress bagi tujuan ingin pulang ke rumah masing-masing sewaktu pelaksanaan PKP yang telah bermula hari ini.

Kelonggaran diberikan supaya tidak berlaku seperti PKP sebelum ini

Bagi mengelakkan perkara yang sama berulang kembali sewaktu PKP dahulu, balai polis dipenuhi orang ramai yang ingin mendapatkan kebenaran rentas negeri. Justeru itu, rakyat disarankan supaya memanfaatkan kelonggaran yang diberikan kerajaan ini dengan sebaiknya.

"Kelonggaran hanya diberi kepada mereka yang mempunyai sebab tertentu, saya difahamkan melawat keluarga yang sakit di hospital akan pulang dua hari lagi iaitu khamis misalnya"

"Maka saya sudah berbincang dengan PDRM, kes tertentu seperti ini dibenarkan (rentas negeri)"

"Jadi jangan bimbang kalau mereka terperangkap di kampung seperti dulu sehingga kita terpaksa buat program khas untuk  benarkan yang terperangkap balik, cuma yang mana ada di kampung, pulang segera paling lewat Jumaat ini"

-Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob-

Di akhir ucapannya dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN), beliau berharap tiada rakyat yang terperangkap di kampung selama dua minggu ketika tempoh PKP 2.0 dilaksanakan selepas kelonggaran itu diberikan.

Bersama-samalah kita membantu usaha kerajaan dalam melandaikan rantaian Covid-19 ini dengan sentiasa patuhi SOP dan tidak keluar jika tiada keperluan yang penting.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen