Kutip barang yang masih elok, Ebit Lew sayu lihat makcik hilang rumah dibawa banjir

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan banjir besar melanda dibeberapa kawasan baru-baru ini tentunya banyak memusnahkan harta benda dan barangan berharga.

Sebelum ini tular di media sosial akan seorang warga emas yang duduk di batu sambil melihat rumahnya yang telah tiada kerana hanyut dibawa banjir yang melanda di Kampung Ajai Ulu Dong, Pahang.



Menerusi gambar yang dikongsikan oleh Bernama itu, tentunya sangat menyentuh hati warganet apabila sayu melihat kediaman yang penuh kenangan kini tinggal tapak serta sisa rumah yang tersekat dicelah pokok-pokok tidak jauh dari tapak asal.



Sentiasa menjadi orang yang terawal dalam memberi bantuan, Ustaz Ebit Lew tampil menziarahi wanita terbabit yang dikenali sebagai Rafidah Jamaludin.

Kutip barang masih elok

Menurut pendakwah bebas itu, ketika beliau tiba di kawasan rumah tersebut, beliau melihat wanita berkenaan sedang mengutip barangan yang masih boleh diguna pakai bersama anak-anaknya.

Katanya, warga emas berkenaan mengutip kayu yang masih elok untuk diguna pakai bagi membina rumahnya di kawasan lain di kebunnya.

Hulurkan sumbangan

Bersimpati akan nasib yang menimpa warga emas berkenaan, Ebit Lew menghulurkan sedikit sumbangan bagi membolehkan membeli berang keperluan yang diperlukan untuk membina rumahnya semula.

Meskipun musibah melanda dirinya sekeluarga, namun wanita berusia 69 tahun itu bersyukur kerana kejadian tersebut menjadi asbab untuknya bertemu dengan pendakwah yang menjadi kesayangan ramai itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa syukur atas bantuan yang dihulurkan Ustaz Ebit Lew, malah turut bersimapti akan nasib yang menimpa wanita berkenaan.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen