Berjaya turun 10kg dalam masa 2 bulan, gadis kongsi rahsia turunkan berat badan dengan mudah

Oleh: Zuzu Yasmine

Miliki berat badan idaman tentunya keinginan semua orang, terutama kaum wanita yang sememangnya sukakan kecantikan.



Akan tetapi, bukan mudah nak lalui proses tersebut, nak-nak lagi terpaksa berdepan dengan godaan pelbagai jenis makanan kegemaran.

Turun 10kg dalam masa 2 bulan

Bagaimanapun, seorang gadis telah berkongsi kejayaannya dalam menurukan berat badan hanya dalam tempoh dua bulan sahaja.

Menerusi capaian Twitter Izzah Hazwani, dia telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram dalam masa dua bulan.

Amalkan diet sihat

Menurut Izzah, dia tidak penah skip waktu makan dan dia juga tidak mengamalkan diet yang terlalu tegas kerana risau akan tertekan.



Berkongsi rahsia kerjayaan dalam menurunkan berat badan, Izzah menyatakan bahawa dirinya mengambil makanan yang sihat malah turut melakukan senaman yang mudah.

"I breakfast biasa nya makan roti wrap gardenia, takpun roti wholemeal gardenia. Letak telur salad or conflakes/pure oat letak low fat milk dutch lady nak lagi sedap tambah la pisang or apple.

10am tu biasa nya time snacking amek buah2, salad buah ke, bell pepper plus cream cheese tu ke ha. Tengok jugak la stok apa ada dekat rumah haha. Lunch biasa nya I tak tggl nasi. But small portion. satu senduk je.

Lebih kan lauk and sayur. I amalkan makan suku suku separuh and kalau boleh jgn makan malam atas pukul 8 tu. Sebab perut nak rehat sebelum 3 jam nak tidur tu.

Exersice I buat jugak. Tapi I pilih exercise yang I rasa happy nak buat. Jangan pressure kan diri. I minum air masak banyak. Atleast 3 litre. If malam tu I ambik green tea or minum air limau suam tanpa gula," katanya.

Izzah juga meluahkan rasa berpuas hati dan gembira apabila kini telah berjaya capai berat badan yang diinginkan yang dahulu 55kg kepada 45kg.



Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet yang rata-rata terinspirasi akan kejayaan gadis tersebut malah turut bernekad untuk menurunkan berat badan mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen