Teruk dicakar kucing, budak 9 tahun tetap tak serik dan masih sayang si bulus

Oleh: Zuzu Yasmine

Kucing merupakan haiwan yang manja dan mudah untuk disayangi namun kucing juga boleh bertindak ganas di luar kawalan.

Terutama jika kucing hendak bergaduh sesama mereka, tentu lebih baik tidak cuba untuk mendekati kerena akan memudaratkan diri sendiri.

Baru-baru ini, tular beberapa gambar akan seorang kanak-kanak lelaki yang wajahnya dipenuhi cakaran kucing.



Dicakar kucing liar

Menerusi Facebook ibu kanak-kanak tersebut, Achik Lieya menyatakan bahawa anaknya didatangi kucing liar dan Adam Harith dengan spontan menyentuh haiwan tersebut.



Nasib tidak menyebelahi kanak-kanak berusia 9 tahun itu apabila dirinya dicakar dengan teruk di wajah oleh kucing liar terbabit.



Tak serik tetap beri makan

Walau bagaimanapun, itu bukan satu perkara yang membuatkan kanak-kanak lelaki ini membenci haiwan manja itu.

Berdasarkan perkongsian Achik Lieya yang lain, anaknya yang terlihat masih berbalut kerana luka tidak serik untuk memberi makan dan bermain dengan haiwan yang manja itu.



Malah kini luka Adam Harith juga dikatakan sudah beransur pulih dan semakin sembuh.



Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata memuji akan kasih sayang yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut malah turut mendoakan kesembuhan luka yang dialaminya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen