Matlamat Utama Dalam Perkahwinan Adalah Kebahagiaan Yang Berpanjangan.

Apabila berumah tangga matlamat utama adalah kebahagiaan yang berpanjangan, pastikan anda memainkan peranan penting dalam perhubungan sama ada baik atau buruk. Kami sediakan beberapa tip buat panduan anda:



1. Kajian membuktikan bahawa sentuhan kulit boleh mewujudkan jalinan yang lebih erat kerana tubuh merembeskan hormon ‘oxytocin’. Lakukanlah apa sahaja yang boleh membuatkan anda bersentuh kulit dengan pasangan seperti berpegangan tangan, gosokan lembut di bahu, pelukan dan ciuman.

2. Belajar untuk menerima perbezaan pasangan terutamanya jika dia tidak sependapat dengan anda dalam hal-hal tertentu.

3. Ambil waktu untuk menghargai pasangan bukan sekadar dengan hadiah tetapi dengan ingatan yang tulus ikhlas. Selitkan nota-nota cinta untuk si dia sebagai kejutan yang manis. Pasti si dia akan mengukir senyuman sepanjang hari.

4. Untuk suami – dengarkan luahan rasa si isteri. Untuk si isteri pula – berikan sedikit ruang dan masa peribadi untuk suami anda.

5. Jangan cuba untuk mengubah pasangan anda. Terima setiap kelebihan dan kekurangannya. Belajar untuk bertoleransi.



6. Prihatin pada setiap masalah terutamanya masalah di bilik tidur. Cubalah sedaya upaya untuk mencegah dan menyelesaikan masalah walaupun dengan cara yang paling tidak munasabah.

7. Sentiasa berlaku adil terutamanya dalam menguruskan hal rumah tangga seperti kerja rumah, menjaga anak-anak, hal-hal kewangan dan keperluan masing-masing.

8. Jangan mudah menyalahkan dan mengkritik pasangan. Ia terapi terbaik untuk diri anda juga.

9. Teruskan acara ‘dating’. Janganlah kerana sudah tinggal sebumbung, anda lupa untuk berdua-duaan dengan pasangan. Tetapkan waktu atau hari untuk keluar ‘dating’.

10. Sayangi perkahwinan anda dengan mengutamakan kesihatan diri dahulu. Jika anda sihat, pasangan anda juga akan sihat dan gembira. Pastinya anda boleh menjaga keharmonian dan kesejahteraan rumah tangga.

11. Anda adalah cermin pasangan anda. Apa sahaja yang anda lakukan akan memberikan impak pada pasangan.

12. Dengan rutin seharian yang sibuk, sedikit sebanyak akan menjejaskan hubungan anda dan pasangan. Peruntukkan masa untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama.



13. Sentiasa ucapkan sayang dan cinta kepada pasangan untuk menyemarakkan lagi perhubungan. Minta maaf jika anda berbuat salah dan maafkan pasangan jika dia pula yang bersalah.

14. Komunikasi dan masa adalah elemen terpenting dalam perhubungan.Pastikan anda bercakap dengan pasangan anda walaupun sekadar 10 minit sehari. Lakukan semasa makan malam, sebelum tidur atau bila-bila masa sahaja asalkan ia konsisten setiap hari.

15.Cara terbaik untuk mengeratkan perhubungan ialah dengan sokongan dan saling membantu. Ikatan perkahwinan yang kuat apabila kedua-duanya saling memahami keperluan masing-masing.

16. Rasa cinta sudah mula pudar? Atasinya dengan 1: Tuliskan 10 kualiti yang anda suka pada pasangan anda ketika mula-mula berkenalan. 2: Senaraikan 10 aktiviti seronok yang anda lakukan bersama ketika bercinta – lakukan satu persatu setiap minggu dan bawa kembali keseronokan itu.

17. Anda berhak untuk berasa ‘moody’ tetapi anda tidak berhak untuk melepaskannya kepada pasangan anda. Cari masa bersendirian untuk menenangkan diri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen