Pilih 'photoshoot' di hutan untuk gambar kahwin, pasangan pengantin ini jadi tumpuan

Kita hanya mampu merancang ingin melakukan majlis perkahwinan walaupun secara sederhana dengan harapan ada kenangan yang dapat dibina bersama tetapi memandangkan kes Covid-19 yang semakin meningkat dari hari ke hari membuatkan pasangan pengantin ini mengambil keputusan untuk melangsungkan akad nikah sahaja.

Walaupun begitu ia tidak menjadi penghalang untuk pasangan pengantin ini untuk tidak melakukan sesi fotografi sama seperti yang dilakukan oleh pengantin baru yang lain.

Hobi suami menjadi inspirasi tema sesi fotografi

Pasangan Wahida Amalin Che Mohd Noor, 27 dan  Muhamad Nur Haniff Mohd Zaid, 27 memilih konsep  'In The Wood' sebagai tema photoshoot perkahwinan mereka. 

Hal ini kerana, sifat cintakan alam sekitar si suami dan hobinya yang suka melakukan aktiviti outdoor sewaktu zaman bujangnya dahulu menjadikan suaminya memilih konsep tersebut.

"Kawasan sesi fotografi ni macam hutan, ada belukar. Tapi berdekatan dengan pantai, jadi memang kena pakai selipar untuk masuk ke kawasan di sini"

"Saya dah pesan dekat isteri untuk pakai selipar. Ada ketika tu dia pakai kasut tumit tinggi, memang terbenam dalam pasir. Maklumlah orang tak biasa masuk hutan" 

-Hanif-

Biasalah bukan selalu dapat beranikan diri masuk hutan untuk tangkap gambar kahwin tambahan pula si isteri baru pertama kali masuk hutan, mestilah serba-serbi nak kena nampak lawa walaupun di dalam hutan.

Minat yang berlainan bukan masalah

Walaupun masing-masing mempunyai minat yang berbeza tetapi, Muhamad Nur Hanif atau lebih mesra dengan panggilan Hanif bersyukur isteri selalu menyokong aktivitinya dan begitu juga dirinya yang sedia maklum mengetahui isterinya memang gemar berkaroke.

"Ini adalah gabungan citarasa saya dan suami. Jujurnya saya memang tak biasa masuk hutan, apatah lagi banyak nyamuk masa fotografi petang tu"

-Wahida Amalin-

 

Jurugambar punya sentuhan yang kreatif

Azyan Syazwani Rozik, 28, telah diberi kepercayaan untuk menjadi jurugambar kepada pasangan pengantin tersebut. Azyan mempunyai sentuhan yang kreatif dalam memperkenankan konsep pasangan mempelai itu inginkan.

"Ia dinamakan ala pasca-perkahwinan bertemakan 'Into the woods', berinsiprasikan daripada galeri Pinterest. Temanya berlatarkan vintaj, desa, misteri, gloomy"

-Azyan(Jurugambar)-

Selamat Pengantin Baru diucapkan buat pasang pengantin ini.

Anda masih keseorangan?

832,770 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen