Hanya ada 4 jam untuk bersiap, pengantin kalut nikah sebelum PKP

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan pengumuman Perdana Menteri akan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tentunya bakal pengantin terpaksa menangguhkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Pastinya segala perancangan yang telah diatur terpaksa ditukar kepada satu tarikh yang tidak pasti kerana tidak tahu bila PKP 2.0 ini akan tamat.



Akan tetapi, lain pula dengan gadis ini apabila sempat bernikah pada saat akhir semalam sedangkan majlis perkahwinan mereka pada Februari depan.

Dari gurauan jadi realiti

Berkongsi kisah tersebut di laman Twitter, Amirah menyatakan bahawa awalnya dia hanya berseloroh dengan tunangnya untuk bernikah hari terakhir sebelum PKP.

Seperti keputusan yang paling gila, dari gurauan tidak sangka menjadi kenyataan apabila kebetulan masih ada lagi slot nikah yang available selepas waktu Zohor.

Persiapan dalam masa 4 jam

Sangat mendebarkan apabila dirinya hanya mempunyai masa 4 jam untuk melakukan segala persiapan malah, Amirah hanya sempat recycle baju raya lamanya sambil melakukan persiapan lain yang turut dibantu rakan baik yang sama-sama mengambil cuti kecemasan.



Difahamkan, segala dokumen nikah juga telah disiapkan kerana majlis perkahwinan mereka yang sebenar juga sudah begitu hampir.

Tertinggal cincin

Amirah juga meluahkan rasa syukur apabila ibu bapa kedua-dua belah pihak bersetuju akan idea perkahwinan tersebut dan akhirnya dirinya selamat bergelar isteri semalam.

Menurut Amirah, disebabkan terlalu terburu-buru dia tertinggal cincin pihak lelaki dan hanya membawa kotak cincin semata-mata.



Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian pasangan ini. Malah, turut memuji ibu bapa kedua belah pasangan yang memudahkan urusan anak-anaknya.

Bahkan tak sangka semalam ramai pasangan yang mengambil kesempatan untuk mendirikan rumah tangga. Selamat pengantin baru!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen