Tak nak tangguh sebab PKP, pengantin rela akad nikah dengan baju kerja

Masih berteka teki sampai bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan. Mungkin hanya 2 minggu atau mungkin lebih.

Bimbang akan perkara itu, rata-rata bakal pengantin memilih untuk mempercepatkan majlis pernikahan mereka sebelum dilaksanakan PKP.



Jika pengantin lain masih memiliki masa untuk bersiap dan menyarung baju yang cantik, tapi lain pula dengan pasangan ini.

Bukan dirancang

Itulah yang dilalui oleh Izatul Israq dan pasangan Shah Rezza Arbaei apabila memilih pakaian kerja sebagai persalinan ketika waktu pernikahan mereka semalam.


Menerusi perkongsian Izatul Israq di laman Facebook, semua perkara berlaku tanpa perancangan selepas berusaha menguruskan pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 1 Februari nanti.



Diberi dua pilihan


Menurutnya, ketika itu pejabat agama memberi pilihan sama ada untuk tunda pernikahan mereka dan membuat semula urusan borang ataupun bernikah pada hari tersebut.

Tidak mahu berlengah, Izatul menyatakan bahawa dirinya terus menghubungi ibu bapanya dan menjelaskan semuanya dan membuat keputusan untuk bernikah pada tersebut juga.


Nikah dengan baju kerja

Jelasnya, dia dan bakal suami terus mengambil cuti kecemasan dan bersiap untuk terus ke pejabat agama. Dengan sekali lafaz, mereka menjadi pasangan suami isteri dengan berpakaian baju kerja.



Dikesempatan itu juga, Izatul mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan keluarganya kerana telah memudahkan urusannya.

Islam itu kan mudah, selamat pengantin baru dan semoga berbahagia buat pasangan ini.


Anda masih keseorangan?

832,885 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen